Sunday, March 16, 2014

Update

Assalamualaikum..

Dah lama tak update pasal journey nak kurus ni kan? Haha sebab dah lama gila kot tak timbang. Haritu pergi nak timbang tp rosak pulekkk penimbang tu. Tapi aku ada ambik ukur lilit pinggang lengan peha bagai, turun jugak la dalam seminggu. Tapi haritu lepas yuhanis eksiden tu, lama sungguh stop exercise. Boleh rasa seluar keje ketat sikit dari yang sebelum ni. Pastu sabtu baru ni start exercise balik, ahad terus kejang2 otot aku. Jalan terkengkang. Naik tangga azab gila. Huwaaaaaa.

Tapi skrg ada penyakit baru. Asal makan je muntah, makan je muntah. Tapi takda la everytime muntah. Biasanya kalau kenyang sgt, atau kalau perut lapar gila sebelum tu, then masuk makanan, mesti terus muntah. Ada masanya aku tahan je sebab malas sangat nak pergi muntah, atau keadaan sekeliling tak mengizinkan. Biasa kalau makan banyak gila, memang aku terus muntah je. Takda tahan2. Bagus jugak, kurang sikit lemak. Hikhik. Eh tapi penyakit ni takda la baru kot sebab masa sekolah rendah dulu memang aku macam ni dah. Mak aku bawak pegi berubat kat pasir puteh baru ok sampai la sekarang. Ni dah dtg balik penyakit ni. Bomoh tu pun agaknya dah takda. 

Haritu pergi giant try jugak timbang kat giant and watson ke guardian ntah. Pastu dia tunjuk 48kg!! Puihhh. Nak tipu aku la tu. Tak caya ah aku sebab jeans baru satu je muat. Ada 3 helai lagi tak muat. Sabtu haritu try jugak pakai. Boleh je masuk tarik atas zip bagai, tapi ketattttt bak hanggg. Tak kosser aku nak seksa diri sendiri. So aku tak percaya ah berat aku 48kg skrg. Tapi aku timbang 6 kali kot dengan 6 penimbang yang berbeza. Sume tunjuk 48kg. Tapi kenapaaaaaaa jeans tak muat?? Konfem timbang tipu. 

Untuk rekod;

23/01/2014 - 55.8kg BMI - 27.28 (pre-obese)
27/01/2014 - 53.7kg
08/02/2014 - 53.8kg
16/02/2014 - 52.4kg


Weight to loss - 10kg

Accomplished by 31/03/2014

Last timbang 16hb Feb, means dah sebulan la tak timbang maksudnya. Yang pasti memang takkan tercapai la berat 45kg tu dalam bulan 4 ni. Hahaha. Tapi aku download apps Monitor Your Weight tu, dia calculate berat ideal aku 44.4kg and target date nak dapat berat tu 18 Julai 2014. So banyak masa lg. No need to stress. Mihmihmih.

Good luck!


Thursday, March 13, 2014

Kahwin

Assalamualaikum..

Semalam dapat wassap dari kawan baik kat kg. Mak, abah and adik dia pergi buat umrah.


Terharu gila!! :')


Yang tak tahan, nama kak pon masuk sekali. Haha. Doa untuk kak jugak. :')


Adik dia pon doa jugak untuk aku. Ni bukan family aku je yang tertunggu aku kawen, macam satu kampung je tunggu bila aku nak kawen. Bahahaha. 


Rupanya ma aku pesan kat ma dia mintak doakan jodoh aku masa ma aku pergi kenduri doa selamat  kat rumah dia sebelum ma dia pergi umrah haritu. Hahaha. Ma mesti risau kenapa la aku tak kawen2 lagi. Skrg dalam fasa dia pujuk aku ajak pergi mekah dgn dia, berdoa sendiri kat sana katanya. Moga2 lagi makbul.


I am blessed. Really. :')




Wednesday, March 12, 2014

Family time..

Assalamualaikum..


Lame pulak tak berupdate blog ni. Haritu dah gigih, tapi keje plak banyak kat opis. Stop kejap. Ni zaman bile ntah. Mungkin sebulan yang lepas. Hari sabtu petang ajak adik2 joging sebab aku nak elakkan tidur petang. Wpun ku tahu takkan joging pon sebenarnya tapi at least badan bergerak. Tak suke la joging sebab penat je lebih, peluhnya idok mana. Joging ni boleh maintainkan berat badan je, tak mampu nak turunkan berat badan. Berkali ganda best lagi buat cardio, zumba etc. Ni kat badan aku la, kat badan orang lain idok ler teman tau.

Dan yeeeeeeeeeeeee. Betul jangkaan aku. Sempat ler satu round. Tu pon bukan joging, jalannnn je. Selebihnya gambar berikut boleh explain. Hahaha.








Bergambo je lebih. Yuhanis ada la gigih jugok joging.

Gembira. Best. Tenang. Damai.

Sejujurnya aku dah tau kenapa aku tak kawen lagi. Sebabnya aku dah selesa dgn family aku. Teramat selesa. Apa2 yang aku nak buat, mana2 yang aku nak pegi, aku selesa buat dan pergi dgn dorang je. Orang ajak dating, dah siap janji bagai, tiba2 bila tengok muka ma dgn ayah aku macam tak sampai hati pulak nak tinggal dorang. Dah la weekdays dah takde kat rumah kan, ni weekend pon nak keluar. Ishh tak sanggup sangat. Rela aku aku duduk diam2 dalam bilik dari keluar dating. Terus la aku cipta bermacam2 alasan.

Yela2, i tau u anak mak.

Habis tu takkan i anak u pulak?

+__________+

Hahaha. Tolonglah redha dapat orang macam aku. Camne dah kawen nanti huwaaaaaaaa.

Nanti hari kerja duk rumah i sebab dekat dgn opis u. Weekends balik duk k.brg.



Pitam!


Thursday, February 27, 2014

Kejadian 25 Feb 2014

Assalamualaikum.

Ni kejadian hari Selasa baru ni. Petang tu Yuhanis nak balik k.brg sebab esoknya (semalam) dia ada kes kat court k.brg. Tapi dia singgah la dulu rumah sebab nak solat asar. Dah solat sume dia gerak balik. Aku pon tutup kunci pintu sume sebab dah nak maghrib, nak layan hakimi ehsan. Tengah exercise sambil tengok tv, tetiba;

Tok! Tok! Tok! (bunyi ketuk pintu).

Dalam hati aku eh sapa pulak ni. Pastu intai ikut sliding door tengok yuhanis. Apekebenda pulak tertinggal budak ni. Baru je 5 minit dia pegi. Bukak2 je pintu,

Yuhanis: Chik, anis eksiden. Anis langgar kete org.

Muka dia masa tu merah gile. Dengan pucatnye, dengan berpeluhnya. Aku rasa kaki aku terus ketar. 

Aku: Haaaa? Langgar sape? Kat mana? Habih tu mana kete org tu? Org tu ok tak? KAKNIS LANGGAR LARI KE?

Bahahahahaha. Bertubi2 ok soalan aku. Serius memang banyak gila. Paling takleh blah, siap tuduh dia langgar lari lagi. Hahaha. Serius kalau ingat, sampai skrg aku tergelak. Ni pon tengah gelak sambil menaip. Kelakar. Aku intai kete dia tapi macam takda kecedaraan pon. Tak tentu arah dah aku masa tu. Nyaris aku nak keluar tengok kete dgn pakai singlet and short masa tu. Nasib tiba2 datang waras, terus sarung tshirt, kain batik, capai tudung, tapi tak keluar tengok sebab malu kat jiran. Boleh? Hahaha. Pastu aku duduk kat sofa dengan dia, aku tanya dia camne boleh kena, apa kita nak buat, macam2 lah. Masa ni dia dah nangis ok. Orang pertama yang dia call adalah BOS dia. Ko mampu? Hahahaha. Masa ni ktorang tak bgtau family pon lagi, tapi dia terus call bos dia. Untung la kau adam. Hahaha.

Dah gelap sikit aku keluar tengok kereta. Then wassap gambar kat group family. Masa ni kami bangang2 je lagi. Taktau nak buat apa. Yuhanis pon nangis2 lagi. Aku taktau nak buat apa sebab aku rasa aku pun terketar. Masa ni aku dah fikir "ahh konfem malam ni tak exercise. dah la tadi makan megi. camne ni?". Hahahaha punya lah bongek aku. Sempat lagi fikir pasal exercise. Malam tu aku escort dia balik k.brg. Mula2 nak tinggal je kete kat rumah tu tapi abah dia datang ikat bumper, kata boleh jalan lagi. So dia jalan slow2 aku escort dari belakang. Malam tu aku rasa macam 4jam ambik masa nak sampai k.brg dari bukit payung. Hahahaha punya la slow.

Kesian kura-kura ungu sakit.

Yuhanis ni masalah dia, dia tak reti bawak kete orang lain selain kete dia sendiri. Sebab tu terus terdetik kat otak kami, camna dia nak pegi keje ni. Dah la dia outstation selalu. Tu yang jadi teringat bos yang pertama nak call tu. Hahaha. Memang asyik fikir je cara dia nak pegi keje. Konfem kete lambat jugak siap. Tapi syukur alhamdulillah. Pegi anta bengkel semalam, dorang cakap boleh siap sabtu ni. Syukurrrr. Orang bengkel tu cakap kuat jugak langgar tu sebab panel lari. Bumper depan memang pecah.





Alkisahnya dia nak keluar simpang. Dah tengok kiri takda apa, tengok kanan ada motor. Lepas je motor tu pergi, lupa nak tengok kiri balik. Terus dia keluar ke kanan, apa lagi kereta dari kiri terus hentam la. Dia kata kuat gila sampai orang ramai sgt kerumun tengok. Kereta yang melanggar tu takda la teruk sangat kecederaannya. 

Kura-kura ungu dah ready nak warded kat hospital..

Sampai sekarang aku tergelak sorang2 kalau ingat kejadian ni. Pestime tengok dia nangis bersungguh2. Selama ni dia asyik tengok aku je yang nangis. Hahaha. 

Bertabahlah yuhanis. Semoga semuanya dipermudahkan. Setiap kejadian ada hikmahnya. Mesti rasa nak tau apa hikmah die khennnnnnn. Hihi.


Tuesday, February 25, 2014

Kejadian semalam.

Assalamualaikum.

Pagi tadi bangun lewat. Huwaaaa ni sebab tidur tak berkualiti la ni. Byk kali sangat terjaga semalam. Sedar2 pagi ni dengar alarm kete jiran sebelah. Terus aku kejut yuhanis "kaknis, bangun dah kul 7". Kelam kelibut dua orang bangun ambik wudhu capai sejadah, subuh gajah. Haih lagha betul. Nasib ada jiran sebelah. Kalau tak terjaga, memang berharap kat alarm kete dia je. Otometik aku terjaga kalau bunyi alarm kete die and otometik jugak tau dah kul 7 sebab dorang biasa kluar rumah kul 7. So takyah tengok jam pon dah tau kul 7 masa tu. Awal2 tu aku dah terjaga sebab dengar yuhanis bangun, aku tanya dia dah azan ke. Dia cakap belum. Rupanya masa tu dah kul 6 tapi dia tak ckp. Haish kalau dia cakap sure aku dah bangun sebab memang aku bangun kul 6 pon everyday. Dah dia kata belum, aku bajet dalam kul 5 la baru, so sambung tidur, langsung terlajak. Coiii.

Tu cerita pagi tadi.

Cerita semalam plak, Yuhanis lepas habis kes kat court dia dah malas nak masuk ofis. So datang la kat tempat aku, dinner terus. Lepas makan2 lepak pantai hilangkan stress jap. Kul 6.45 camtu bertolak balik sebab nak tengok Hakimi Ehsan.



Gembira!!

Balik ikut jalan biasa, kedai buluh-gemuruh semua tu. Yuhanis ikut belakang sebab dia taktau jalan. Masa masuk jalan kg gemuruh tu, sampai kat selekoh tetiba aku nampak mat rempit lajuuuuu gila tapi dia takleh kawal motor agaknye kat selekoh pastu terhuyung hayang. Aku masa tu OMG kenapa budak ni, biar betul. Aku pon terhuyung hayang elak dia sebab kat tepi ni betul2 tebing, pastu jalan kecik plak sebab selekoh tu kat jambatan. Omaiiiiiii aku berdebar gileeee ok. Aku elak ketepi tapi dia sempat langgar kereta aku sikit tapi tak jatuh tergolek pulak budak tu. Dia terus meluru kat kereta yuhanis kat belakang. Ntah la camna dia elak yuhanis aku dah tak tengok belakang sebab aku dah berdebar masa tu. Kawan dia kat belakang2 semua dah cuak, yuhanis cakap dorang sume dah stop. Budak tu yang kedua, kat depan dia ada kawan dia sorang. Motor dia EX5 kaler biru. Kahkah aku siap ingat ok. 

Masa dia langgar kereta aku, masa bunyi je dia langgar tu aku terus tengok side mirror aku. Phewwwww syukur tak terlentok side mirror aku. Serius budak tu bebetul terbang tepi aku dengan motor dia. Lepas tu aku jalan slow2, nak stop tapi seriously takda tempang lgsg. Tepi tu tebing yang takda ruang boleh brenti pon. Jalan depannn sikit, pastu brenti check kereta, tengok takda apa sangat la kecederaan. Calar pon macam takda. Habih tu dia langgar ape sampai berbunyi tu?? Lantak kau la. Haishh kenapa la dia tak jatuh bergolek. Baru puas hati aku. Aku rasa kalau lelaki la yang bawak kete masa tu, konfem dah kena budak tu. Kecik2 taknak mampus, dah besar menyusahkan orang pulak. Kalau dah rasa tak sayang nyawa tu, jangan nak libatkan nyawa aku pulak. 

Huwaaaaa scary. Pestime kot aku terlibat dalam semua ni. Memang kaku ah kejap. Kaki ketar2. Terbayang2 lagi masa menaip ni. Gila betul merempit kat jalan sempit macamtu. Rasa fobia pulak nak ikut jalan tu pasni. Tapi balik keje memang aku ikut jalan tu. Kalau ikut jalan lain kena bersimpang siur pulak. Satu perkara yang aku menyesal adalah, masa dia datang kearah aku tu aku lupa nak hon lama2. Aku selalu lupa dengan kewujudan hon kete ni. Dah 4 tahun guna, maybe tak sampai 10 kali pon aku tekan hon tu. Lupa. Hehe. Tapi yuhanis tekan hon lamaaaaaaaaaaaa masa budak tu pergi kearah dia. Haha. Good job!



Monday, February 24, 2014

Melaka Day 2

Assalamualaikum.

Mari la kita sambung pengembaran di hari kedua. Hari kedua ni  aku tak ingat lgsg la wey kronologi kejadian2. Tengok gambar je la. 

Pit stop pertama adalah taman mini asean. Huwaaaa penat sumpah penat. Penat nak jalan dari rumah ke rumah. Dah la mendaki bukit jalan dia. 

Yuhanis nak ambik gambar mak dia pastu chengah cakap "jap2, mak buat macam tengah tiup api". Hihi cuteness. 



Tengah dengar chengah terangkan pasal rempah ratus. Kang dah kawen senang. Kihkih





Muka aku tak bermaya gila sebab hari kedua ni demam aku dah melarat. 





Lamaaaaa gila tunggu dia main gasing. Last2 ktorang tinggal je dia. Main la kau puas2 di situ. Haha.


Huwaaaaa tak larat tak larat. Asal jumpa tangga terus duduk lama2.







Masa ni kat rumah terengganu. Aku dah habis tenaga. Sumpah tak larat. Duduk la tengok bebudak tu conteng batik. 


Datang joe, terus suruh aku belanja kaler batik ni. Cun jugak. Boleh duduk lama2. Haha. RM10 untuk kaler batik ni.




Taraaaaaa. Dah siap! Ropa hape ntah batik kami. Dah semua berebut nak kaler. Masa ni bad dgn chengah takda, dorang dah penat g duduk berehat. Ktorang berlima je survive mendaki bukit dan tangga naik semua rumah.



















Haha yuhanis thumbs down sebab dia memang beria2 taknak naik taming sari ni sebab takut. Tapi aku paksa jugak pastu aku belikan tiket, so dia terpaksa la naik. Hahaha. Masa tengah beratur nak naik dia cakap "kalau jadi apa2 kat anis nanti, tolong kabo kat mak anis sayang dia eh."  Bahahahaha. Sengal gileeeeeeeeee ok!! aku gelak terbahak2 kat situ. Over kau nyah.



Pucat gile muka.





Chengah dgn joe dalam bulatan. Chengah taknak ikut so joe temankan dia kat bawah.



Makan cendol jam besar. Gigih jalan cari gerai ni. Masa tengah makan aku tampar pipi yuhanis secara tiba2. Haha. Terkejut besar dia. Aku tampar sebab aku nampak macam dia nak g bayar. Tapi aku yang nak bayar makan cendol ni. Haha sory sempupu, tindakan refleks.

Ni naik rivercruise. Masa ni sumpah aku dah flat yang teramat sangat dah. Aku duduk je tak peduli hape dah.

Tapi wpun flat, bila nampak kamera, tetap senyum. Hihi.








Asam pedas claypot. Sebenarnya kami cari asam pedas hajah mona. Siap tnya orang bagai, dah jumpa sekali TUTUP! Hadoiii penat je cari. Pusing balik pergi makan sini sebab sini pon antara yang disuggest. 





Dah siap second day. Tapi memang tak ingat la urutan pergi kemana2. Taman mini-taman bunga-taming sari-rivercruise-asam pedas. Tu je la kot. Itu je yang aku ingat.

Memang sepanjang kat melaka kitaorang asyik makan asam pedas je. Pergi kat tempat2 yang disuggestkan. Tapi sejujurnya aku rasa takda la sedap mana pon asam pedasnya. Pelik betul. Jauhhhhhh lebih sedap yang chengah aku masak. Ni bukan tekak aku je. Kami 7 orang semua rasa benda yang sama. Tak paham kenapa orang kata wajib cuba asam pedas kalau kat melaka. Tapi overall best sgt trip ni. Paling best la sebab semua satu kepala. Hihi. Tahun ni macam ada nak buat lagi trip tapi tak konfem lagi. 

Adios.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...