Wednesday, June 27, 2012

Andaiku Bercinta Lagi



Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini

Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asalku mati

Tuesday, June 26, 2012

Sama-sama beringat.

Dah banyak kali jumpa situasi macam ni.
Bila ada masalah je dalam kehidupan, mula la entry dalam blog or status kat fb or upload gambar kat fb menceritakan  betapa gembiranya hidup dia. Kononnya nak orang tengok dia bahagia sentiasa la tu. 
Bila tak ada masalah tak alert dengan keadaan sekeliling pun.
Tak, tak jeles pun. Sikit pun tak jeles. Tapi sangat menjengkelkan ada la. :)

Ustaz Azhar Idrus pernah bagitau, jangan menunjuk2 kebahagiaan kita sangat sebab kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan.
Mungkin Allah akan tarik kebahagiaan itu untuk menguji kita.

 Credit to this.


Credit to this.


**Gambar takda kaitan pun. Google gambar UAI, tapi jumpa ni, macam menarik je.  :)




Monday, June 25, 2012

Tentangan.


Tolong bank in duit rm200.

Nak buat mende?

Nak book hotel tapi duit dalam cimb ada 24 ringgit je.

So book la hotel yang harga 24 ringgit.

...........................



Rentetan entry ini.
Dia menentang secara halus betul. :)









Membuat keputusan.

Saya memang gagal dalam membuat keputusan especially keputusan untuk diri sendiri.
Dan saya memang sangat2 memerlukan sokongan dan pandangan orang2 di sekeliling saya.
Lepas tu bila semua2 dah bagi pandangan, saya mesti tanya lagi lagi dan lagi sampai la saya puas hati.
Ada yang geram tu memang tak layan la kan. Hehe. 
Tapi saya tanya jugak sampai lah kena marah.
Kadang2 benda tu simple je tapi tahap saya berfikir sangat dasyat.
Siapa2 yang kawan saya, rasanya tahulah kot saya ni sangat kuat berfikir sampai kadang2 menyusahkan diri sendiri. Hehe.
Ni sekarang ni sebenarnya ada benda yang tengah difikirkan. Belum selesai lagi. Padahal esok dah waktu nya.
Belum selesai sebab ada seorang menentang, yang lain2 mintak go on je.
Tapi sebab yang seorang tu adalah orang yang penting jugak dalam hidup saya untuk masa sekarang, jadi saya harus mengambil kira pandangan dia jugak.
Sebab dia risaukan saya.
Yang lain2 semua mintak go on dan anggap ni adalah masa untuk diri sendiri.
Saya yakin je tapi oleh sebab seorang yang menentang tu, saya jadi lemah semangat. Sebab apa2 hal saya kat sana nanti, saya akan cari dia jugak walaupun saya kata saya takkan ganggu dia. Hahahaha.

Thursday, June 21, 2012

Mengimbau Kenangan.

Tengah baca entry lama2 sambil dengar lagu ni... gila syahdu oh. Masa tengah dengar ni mungkin dah kali yang ke limapuluhlapan ulang lagu yang sama sejak masuk keje jam 8.30 tadi. Haha!

Dulu-dulu banyak cerita pasal office. Lepas tu jumpa entry pasal fidah, serius sangat syahdu. Jadi kerinduan terhadap fidah.

Fidah is the only kawan yang sentap macam mana pun, akhirnya tetap akan baik jugak. Everyday wajib msg, kalau tak msg ada la tu terasa tu. Hehe. Tapi mesti masing2 sejuk dengan sendiri nanti, lepas tu msg mcm biasa sambil sesi luahan perasaan sikit2. Mek tu pantang ditegur sikit.

Boleh disimpulkan fidah adalah orang pertama yang msg aku setiap hari or dia adalah orang pertama yang aku msg setiap hari. Kadang2 terjaga tengah malam pukul 2,3 pagi pun tengok ada msg dari dia.

Pagi tadi, pukul 6.30am tengok ada msg dari dia:

"Slamat brkarier mek..muah3.syg kmoo ketat2"

Hehe. Sebab semalam saya sentap dengan dia. 

Gembira!

Lepas tu kegembiraan berganda, setelah diet 2 minggu, pagi tadi sarung slack size 26 muat yooooooooooooooooooo. Boleh butang and zip dengan lancarnya. Sabtu hari tu try tak berjaya butang and zip pun. Mind u, before this saya pakai seluar size 28 ye. :) Tapiiiiiiiiii berat adalah tidak turun, so tidak nampak kekurusan di situ. Mungkin inci yang hilang kot.

Next week last keje dengan T*. Akan transfer kepada company lama (bukan company construction yang bermasalah tu. Hehe) starting 1st July 2012, akan buat projek baru. Hope everything akan ok, smooth, berjalan seperti biasa dan rezeki bertambah untuk dipanjangkan kepada kedua ibubapaku.

Alhamdulillah, terima kasih dengan rezekimu Ya Allah. **sambil lap airmata syahdu dengar lagu :p



Monday, June 18, 2012

If someone really wanted you,
They'd actually put some effort into trying to get your attention,
And make sacrifices for you.
They wouldn't just tell you they want you.
They'd show you in every little way possible that they want you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...