Wednesday, August 29, 2012

Kepantangan!

Aku kan pantang sangat kalau keluar bertiga tapi antara 3 orang tu kenal tapi tak rapat. Eh macam mana nak cakap eh?

Bagi contoh je la senang.

Contohnya, A dan B adalah kawan baik. Nak keluar dan si A ajak kawannya si C. C kenal B tapi setakat kenal nama je la, kenal daripada A cerita2, tak rapat dan tak pernah keluar sama pun. Bila keluar, A dan B rancak berbual or berbual topik2 yang C tak tahu. Makanya si C tercangak2 macam orang bodoh, nak menyampuk memang tak tahu pun. Means bukannya A tak peduli langsung kat C tapi at certain time dorang buat macam C ni takda. So apa point nak ajak C keluar kan? Bagus ko keluar berdua je.

Sama jugak contoh aku ikut suami isteri ke, pasangan pakwe makwe ke, aku PANTANG kalau nak mesra-mesra depan aku. Kau ingat aku ni patung ke? Pedulik apa la aku kau suami isteri, apa kat rumah tak cukup ke? Dah kau tau nak mesra-mesra bergurau senda, yang duk gatal nak ajak aku keluar sama tu pehal? Kau keluar je la berdua. Kang orang buat macam tu depan kau, ape perasaan kau? Sila letakkan diri kau kat tempat orang lain sebelum nak bermesra2 ye. Aku lempang kang.

Macam fidah, dia suka ajak aku keluar, Tiba2 dah keluar ada adik dia pulak. Kalau kau nak keluar dengan adik kau, apesal nak ajak aku lagi? Keluar je la dengan adik kau. Tak pasal2 aku moody malas nak melayan.

That's why aku tak suka sangat keluar beramai2 ke ape ke. Aku lebih selesa keluar berdua je, even dengan kawan baik aku ke, bf aku ke, kakak aku ke, sepupu aku ke. Tak payah duk gedik nak ajak orang lain kalau dah tau tak reti nak treat orang dengan adil camna.




**sory, i is very marah hari ni!





Nasihat Untuk Adam dan Hawa