Wednesday, September 26, 2012

26 Sept




Happy birthday fidah.
May God bless u.
Semoga berjaya habiskan study.
Semoga dapat kerja besar2 dan bolehlah belanja aku hehe.
Semoga cepat ketemuan jodohnya kihkihkih.
Dan terima kasih sebab menjadi sahabatku.


Happy birthday sayang.
Semoga sentiasa murah rezeki.
Semoga semuanya dipermudahkan untuk kita.
Terima kasih sebab tolong saya bangkit di saat saya rasa saya takkan bangun2 dah.
Terima kasih sebab bersabar dengan perangai saya.
Terima kasih sebab sayang saya.
Love u. 









Monday, September 24, 2012

Adam dan Hawa

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tidur dan mengapa Hawa melahirkan di saat dirinya terjaga??

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya. Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. 

Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh kerana itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikannya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang puteri yang manja, dan seorang isteri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksudnya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang lelaki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu bererti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang..

Thursday, September 20, 2012

Kelantan trip.

Hoyeahhhhh trip kelantan dengan yuhanis adalah sungguh awesome! Tapi keawesomeman itu terganggu dengan panggilan2 yang asyikkkkkkkkkkkk la tanya bila nak balik. Huwaaaaaaaa sungguh la aku rasa seperti budak umur 17 tahun.

Trip ni tak dirancang pun. Pergi hari jumaat, raya ke 6, Yuhanis ajak beraya rumah kawan dia kat bachok. Aku nak pergi rumah liya tapi malangnya liya dah balik penang pun malam sebelumnya. Mek pulak pergi kenduri. So takda jodoh nak bertemu. So jumpa anis je kat rumah mentua dia kat pasir puteh then jumpa kawan aku jugak kat pasir puteh. 

Bertolak pukul 8.30 pagi kot. Jalan adalah sungguh smooth. Tak sangka ye, ingatkan jem teruk. Sampai kat bachok pukul 10.30 pagi tanpa sesat barat. Kagum jap dengan diri sendiri. Haha. Eh ada jugak sesat tapi tu boleh salahkan yuhanis sebabbbbbbbbbbbbbbb dia lupa jalan nak masuk rumah kawan dia dan asyik la suruh aku berpusing2 tempat yang sama. Boleh? +_______+

Lepak rumah kawan dia sampai petang. Dalam pukul 2 jugak la kot baru keluar. Aku siap dah tidur lagi ye, ngantuk sangat. Best sebab rumah dia ni takda orang pun. Dia bagi makan nasi dagang ke nasi minyak ntah, lupa pulak aku, yang akhirnya membawa bencana kepada yuhanis. Hahahahaha. Ada koktel jugak, satay 2 cucuk haha.

Tidur. Yuhanis snap.

Haha sungguh la buruk perangai. Sebelum tu aku baring2, tapi tak lelap pulak. Masa tengah duduk ni, boleh pulak terlelap. Lena pulak tu. Sedar-sedar mak ayah kawan yuhanis ni balik dari kenduri. Terus aku bangun. Nasib tak pening kepala.

Lepas keluar dari rumah dia tu terus gerak ke pasir puteh. Punnnnnn tak sesat ok. Sila kagum. Haha. Hanya berpandukan signboard semata, kalau dia tunjuk jalan jauh, jauh la jalan kami ikut tu. Tapi masa kat dalam bandar pasir puteh tu boleh pulak aku menentang arus, jalan sehala rupanyaaaaaaaaa. Mana la mak nak tau. Sedar pun ada kereta hon. Cepat2 masuk simpang, phewwwwwwwwwww nasib ada simpang. Pastu gelak2. Hahaha.

Jumpa anis kat rumah mentua dia, duduk situ sampai pukul 4 lebih kot, ke 3 lebih camtu. Pastu gerak jumpa kawan aku, pastu gerak ke kota bharu. Keh3. Yuhanis la nak sangat pergi KB mall. Sesat sikit sampai jalan mati, tapi berhenti tanya orang. Nasib tak jauh sesatnya. Otw ke KB mall adalah hujannnnn pastu jem light2 gitu. Cari KB mall pun berpandukan signboard dan jumpa KB mall adalah secara tak sengaja. Tetibe "eh kak nis, ni la KB mall, tepi kita" Haha. Tak cam pulak aku sebab dulu aku pergi, fly over tu tak siap lagi. Sekarang dah cantik. Thumbs up!




Ni 3 gambar ni hape ntah. Yuhanis snap semua. Oh aku rasa ni yang masa sesat nak pergi KB tu kot. Haah ye la, tu kolam ikan keli, jalan mati dah ni.


Haha ni yuhanis jugak snap. Ahh memang semua gambar ni dia snap la kan, sebab aku drive. Ni dia kagum sebab kita orang asyik la terjumpa stesen minyak ni. Nama dia BURAQ OIL. Kat trg takda nih, harusla dia kagum. Dah la nama pelik.


 Ni tak tau apa.




 Ni semua kat pekan pasir puteh.




Kawan aku belanja makan satay. Aku suruh camerawoman snap gambar satay, tapi rupanya bila dah tengok, dia snap gambar tisu rupanya. +_____+

Tapi masa dia belanja ni still kenyang lagi. So makan pun agak terpaksa. Sekarang baru rasa nyesal tak nikmati satay tu dan rasa nak lagi je. Hehe.


 Ni otw nak pergi KB. Gambar SMK Kok Lanas ke apa ntah.












Semua di atas adalah bukti pergi kelantan. Hehe.

Aku cakap kat kawan aku, ada kat kok lanas. Dia dah bising2 kenapa pergi sana. Dah signboard bagitau itu jalan nak pergi KB, aku ikut je la. Rupanya tu jalan jauh ye. Cisss mana la nak tau kan. Kitaorang ni siap nampak restoran ayam penyet, politeknik, kolej komunti kok lanas bagai lagi. Membebel2 dah dia.


 Aktiviti di waktu jem. 






Dalam toilet KB mall. 

Masa ni perut yuhanis dah start buat hal. Haha.



Ni dalam FOS ke eh? Eh brands outlet kot?


 Time ni cuak sebab sesat. Haha.





Geram sangat sebab tunggu kawan aku datang ambik lambat giler. Aku dah stress2 dah. Rupanya dia pergi petronas lain, aku tunggu petronas lain. Ape kemain banyak betul petronas kat pasir puteh ni. Geram aku.




Jem otw ke KB. Masa ni flat sangat rasa tapi gigih kan jugak nak pergi sebab sian dengan yuhanis kan. Bukan selalu. 

Jalan2 jap je kat KB sebab che ngah aku asyik call je. Yuhanis relax je sebab dia dah biasa, tapi aku ni mana boleh, terus tertekan je aku. Dalam pukul 9 macam tu kot kitaorang tolak balik. Kalau ikutkan aku, nak je balik lewat lagi. Tapi apakan dayooooo. Sampai rumah pukul 1 ke pukul 2 pagi ntah. 

Lewat sebabbbbbbbbbbbbbbbbbbbb yuhanis tu semua stesen minyak yang kitaorg jumpa masa otw balik tu, semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaa dia nak berhenti ok. Perut meragam. Kejap2 kang, "chik, caltex 500m lagi la depan tu", "alaaaa chik,  shell tu nampak macam baru je. mesti tandas dia lawa"... Hahahahaha sungguh sesuatu ok. Cakap je lah nak brenti, ni siap tandas lawa ape bagai. Tersirat betul. Lawak je bila ingat balik. Tapi lepas aku sogok dia dengan cerita aku, terus perut dia diam tak buat hal. Sayang nak tinggal cerita ler tewwwww. Sungguh kak nam ok.

Apa pun, syukur sebab semua nya selamat.



**kak nis, jom kita g makan ayam penyet? hehe.










Tuesday, September 18, 2012

Baca boleh, percaya jangan.

  • firm standpoint - muahahaha. langsung tak. orang cucuk-cucuk sikit, mulalah aku berbelah bahagi.
  • caring person - kawan aku cakap, "ye".
  • strong-willed and highly motivated - langsung tak. jangan percaya.
  • hardworking - kadang2, ikut mood. 
  • beautiful physically and mentally - mentally no.
  • loves to dream - memang la tersangat betulnya. hihi
  • strong clairvoyance - tak. aku ni lembikkkkkkkkkkk je.
  • loves to help people in times of need - tengok siapa orang tu. 
  • loves travelling - betul tapi kewangan je yang tak mengizinkan.
Yang lain-lain aku tak sure. Dengan diri sendiri pun tak sure, ntah hape2 la kan. Haha.


  • nice to everyone - betul.
  • silly, fun and sweet - macam tak je. hik3
  • consoling, friendly and solves people's problem - betul kot. aku suka sebab aku kan suka memeningkan kepala dengan benda yang remeh temeh, cerita kat dia, terus selesai masalah aku. hehe.
  • brave and fearless - sangat betul.
  • suave and generous - betul.
  • ususally have many friends - betul
  • emotional - memang tak la. Aku yang emotional. Dia relax2 je. Aku marah pun dia buat bodoh je sebab dia tahu lama2 aku akan elok sendiri. Tak pernah pun dia layan apa yang aku marah. Kalau aku tak elok2, dia cari jugak aku sebab dia tak boleh katanya. Sekali je gaduh teruk. Yang lain2 biasa2 je sebab dia jenis tak suka gaduh. Kagum aku sebab dia sangat2 la tenang. Kan bagus kalau aku pun macam tu.
  • good memory - betul. sebab pasal tanggungjawab selalunya tak lupa.
  • sometimes sexy in a way that only their lover can understand - betul betul betul :p
  • most caring person - yeahhhhhh.

Monday, September 17, 2012

Bila nak kahwin.

Sigh.

Aku fedup betul dengan orang yang bertanya soalan di atas. Apa kau ingat hal kahwin ni, kau rasa nak kahwin kau boleh terus kahwin ke? Dah kalau beria-ria buat persiapan nak kahwin, tapi Allah tak izinkan, tak jadi jugak. Semuanya atas keizinan Dia, kita ni hanya mampu merancang je. Kalau ikutkan aku, sekarang jugak aku nak kahwin. Cuba kau tanya siapa yang taknak kahwin. Semua orang nak kahwin, antara Allah izinkan atau tak je.

Tolonglah jangan tanya soalan bodoh.

Aku tahu lah kau tu umur aku dah kahwin. Tapi jangan lah nak samakan aku dengan kau. Dah jodoh kau sampai awal, sila lah bersyukur ok. Jaga family kau baik2.

Pulak tu kalau aku keluar je, sibuk tanya "keluar dengan pakwe ke?", "dating ke?".. Adoiiiiii la. Apa kau ingat aku ni takda kawan je asyik nak berkepit dengan bf 24jam?  Sory la, tak berminat aku. Aku jumpa pun 2-3 bulan sekali. Apa barang jumpa tiap2 hari.

Pastu sibuk gak tanya orang mana, kerja apa, duduk mana. Sabar je lah. Kembar aku sendiri pun tak pernah tanya soalan2 tu semua kat aku, engkau pulak yang lebih2 nak tau.

Aku tak suka orang tanya hal peribadi aku, unless aku yang willingly nak bercerita.




Friday, September 14, 2012

Kenduri Kahwin.



Haruslah bukan kenduri aku kan. Hahahaha.

Ni masa raya ke 7 tak silap. Kenduri kezen aku, anak arwah mak long. Akad nikah dia masa raya ke 5 kat besut, aku tak pergi masa tu sebab kena standby kerja.

Haha masa tengah tulis entry ni aku teringat pulak lawak yang ayah aku buat masa otw nak pergi kenduri. Tapi malas lah nak cerita sebab mesti susah nak paham. Yang hanya paham mungkin aku, kaq, amie, kila, joe pastu sapa lagi ntah. Hahahahaha sabo je lah ayah aku, sokmo buat lawak tetiba. Tetiba aku takleh brenti gelak pulak ni. Aisshhh.

Abang dah pergi awal rumah mak long, bawak ma dan che ngah. Oh abang ada balik ye sebab wajib la kan, ni adik dia jugak. Kitaorang yang lembap2 bersiap ni dah zohor baru keluar rumah. Kat manir je.

 Menunggu orang-orang bersiap.


 Gembira kalau bersama makanan. 

Kawan2 aku tau kot macam mana muncung dan moody nya aku kalau kelaparan. Serius, kalau tengah lapar benda kecik pun aku boleh amukan puaka. Bila dah kenyang and dah boleh berfikir secara waras, baru aku menyesal dan mintak maaf balik. Sebab tu kalau aku mengamuk2, kawan aku mesti cakap "dah makan belum?nanti saya bawak awak makan ye.." Ini kerapkali terjadi ye. Hehe buruk sungguh perangai.






 Dagu dah ada 2 lapis tu ye tuan puan.




Kakek ku yang cantik.


 Adini, princess as always....


 Adam dan mok ya.





Makanan adalah terbaikkkkkk. Sepupu aku yang masak ni (kakak ipar pengantin) memang handal bab masak memasak. Ikan goreng pun sodapppppp ok dia buat. Banyak sangat makan nasi masa ni. Tapi tak nyesal punggggggggg makan banyak. Haha.

Harap maaf ye, gambar pengantin nya takde pun. Aiseyyyy cameraman failed pulak. Tolong sapa2 family saya yang ada fb tu, copy satu gambar pengantin kat fb send kat chik, chik nak letak sini. Hehe.






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...