Sunday, October 28, 2012

Nyum nyum nyum!

Megi ketam. Sedap!
Baru 1st time aku makan. Hihi kesian kan? Ni kat Kuala Besut masa aku pergi site minggu lepas.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, October 25, 2012

Salam Aidiladha..

Salam aidiladha kepada semua umat islam.
Maaf zahir batin.

Rumahku meriah sebab semua ada and tambah baby baru. Hari sabtu insyaallah nak buat cukur rambut and akikah baby baru. Semoga segalanya baik2 saja. Amin.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sehari sebelum raya haji

Sepatutnya aku cuti hari ni. Tapi sehingga ke saat ini, aku masih lagi stuck kat ofis dengan keje yang menimbun. Site pun ada baru masuk 4 tapi opkos la tak sempat dah. User mesti nak balik cepat harini.

Sepatutnya aku kena pergi ketengah jaya harini tapi aku surrender. Banyak sangat long journey minggu ni. Dari kuala berang ke marang ke kemaman ke besut ke setiu. Phewwwwww dasyat sangat aku rasa. Drive sorang2 ok. Penat sangat. So pagi td ofismate call, aku cakap taknak pergi. Keh3. Nasib dia nak cover.

Semalam sampai dari besut pukul 10 lebih kot. Tanpa mempedulikan apa2, aku cuci kaki tukar baju terus baring tidur. Ohhhhh nikmat tak terkata. Lepas bangun subuh, sambung tidur sebab bajet nak masuk ofis pukul 9 harini. So sambung tido sambil doa2 je terjaga pukul 8 sebab malas nak set alarm. Tak larat nak tengok hp, fikir nak tidur je. Haha.

Sekali tak terjaga pun. Aku bangun pun sebab ofismate call tu la. Kalau tak, memang tak sedar dah aku rasa. Tengok2 jam pukul 8.35. Hahahaha terus kelam kabut bangun mandi siap2. Sampai ofis tepat jam 9.45pg. Hik3..

Nak balik dah kejap lagi ni. Sian ma kat rumah takda orang tolong.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 22, 2012

Assalamualaikum..


Hakimi junior

Adik beradik sepupu sepapat aku cakap muka dia macam ayah aku. Hik3. Suka la toki tu. Tapi aku tengok macam muka mak dia je ni.


Aku pergi melawat dia masa dia berumur 2 hari. Elok je nak tidur atas orang. Lepas tu kalau aku letak, dia nangis. Hamboiiii jangan begitu nak. Nanti penat la omak mu.

Aku pergi petang tu, my SIL dah boleh keluar hospital. Tunggu abang aku datang ambik je.

Selamat menempuh kehidupan yang penuh pancaroba baby...

Mokcik love u! ;)

**indahnya bau baby.. :)




Sunday, October 21, 2012

Newborn :)



Tahniah untuk abang and kakak iparku atas kelahiran boboiboy mereka.

Alhamdulillah baby sihat. Lahir normal, pada 20/10/2012, jam 2.50 petang.

Semalam aku tak ikut ma and ayah pergi tengok baby sebab nak kemas rumah. Lagipun jumaat tu kan dah pergi hospital. Maka aku suruh la abang aku mms gambar since adik beradik pun semua tanya aku mana gambar. Boleh dia jawab "dok dang nk amik lg. hehehhe". Heh. aku rasa mak pak lain semua excited ambik gambar anak masa baru lahir. 

Maka hari ni kalau sempat aku nak pergi hospital la tengok anak buah baru. Hoyeahhhhh. Tapi entah sempat ke tidok sebab nak kena pergi site la pulak.

Tak sabar nak tunggu baby balik rumah. Rindunya bau baby. Yummy yummy!

Friday, October 19, 2012

Hari minggu..

Menunggu ibu-ibu di HSNZ. Kami yang muda2 mls nak masuk. Hikhikhik. Lagipun yang nak dilawat nya ada kat ICU, so kalau naik pun tak boleh masuk jugak. Dah la parking susah nak dapat. Menunggu je lah kat dalam kereta sambil makan2 dan melayan loyar buruk adikku 2 orang ni. Makin besar makin loyar buruk ye. Penat nak melayan.

They are my precious.

Love love love ;)

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, October 17, 2012

Perihal kawan..

Kalau hidup asyik meminta2 dgn org, sampai bila rezeki nak masuk? Kalau susah, buat cara susah. Ni hidup susah tapi nk hidup cara senang mcm org lain. Apa kau ingat org kerja sebab nak bagi duit kat kau ke?

Orang nasihat taknak dengar. Padahal untuk kebaikan sendiri jugak. Kalau dah ramai org nasihat tu, ngaku je la kesalahan sendiri tu. Berubah. Bukan org suruh berubah serta merta, perlahan2 la.

Org pun phm jugak, bukan senang nak berubah terus. Tapi usaha lah. Ni tak, orang tegur, mula la nak naik angin. Sabar je lah.

Ya allah, kau tabahkan lah hati aku menghadapi perangai kawan2ku ini. Amin.



Sent by Maxis from my BlackBerry®

Tuesday, October 16, 2012

Perkara wajib tiap2 ptg hari bekerja...

Kat ofis download, balik rumah tengok.
Layan 1-2 episod, lepas tu adam hawa pulak tgk aku.
Haha.
Skrg tiap2 mlm rumet yg tlg shutdown laptop. Aku dah belayar kemana2 dah.
Dia selalu kata aku cepat betol tido.
Hehe nak buat camno nak, makcik dah tuo.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, October 15, 2012

Penat

Penat dgn mcm2.
Penat dgn perangai org.
Penat dgn keje.
Penat dgn keputusan yg diri sendiri buat.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, October 9, 2012

Saturday, October 6, 2012

Hari ini saya......


 ...........ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada:

*
*
*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*
*
*


*
*
*
*
*
*
*
*

 Sila fokus pada baby kat belakang. Hik3

*
*
*
*
*
*
*
*

Tapi bukan baby itu yang diraikan. Inilah birthday boy. Keh3. 


Selamat Hari Lahir Ayah.
We love you. :)







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...