Friday, November 30, 2012

Sabun susu beras






Sabun 3 ketul - RM10
1 tube (180ml) - RM18

Memang terbaik!


Berminat sila tinggal comment. Thanks!





Thursday, November 29, 2012

Bosan..

Aku kebosanan kat ofis, sekarang site dah tak kencang macam dulu. Tunggu untuk tahun 2013 plak. Plus aku risaukan seseorang yang tak dapat dihubungi. Tak tenteram hidup aku. :(







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, November 27, 2012

Durian crepe

Erghhhhh aku dah stress tengok orang duk post pasal durian crepe tiap2 hari. Sumpah aku stress sgt2.

Nak tunggu che ngah balik dari KL, hujung minggu ni nak ajak dia pergi dusun cari durian. Kat dusun kitaorg banyak gilerrrrrrrrr durian wei. Hari jumaat lepas kitaorang pergi cari, dapat 50++ biji ok. Tu hasil waktu pagi sahaja. Tengahari che ngah aku pergi dapat lagi. Hari sabtu pergi dapat 30++ biji. Bawak pergi KL tapi banyakkkkkkkk lagi terbengkalai kat rumah tu. Mesti dah buruk, kesian pulak.

Eh tadi cerita pasal durian crepe kan? Hehe. Nak ajak che ngah cari durian, pastu nak buat durian crepe. Harap2 jadi la. Aminnnnn.

Mood: tak sabarrrrrrrrrr




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, November 26, 2012

Random



  • Rasa nak tengok movie Instanbul Aku Datang! Tapi takda geng. Sapa la yang rajin nak temankan aku sampai ke puncak mesra mall sana. Harus aku ambik cuti rabu ni pastu pergi layan movie sorang2. Hehe.

  • Teringin gilerrrrrrr nak makan durian crepe. Tapi yang kat terengganu ni asyik full je order. takda rezeki lagi. Sabar sabar. Tapi macam tak sabar dah. Haahahahahha.

  • Lepas tu rasa nak pergi MAHA. Aku pun tak paham apa motif aku tentiba rasa nak pergi kat sini. Haha. Tapi mungkin sebab tengok gambar gerai2 yang banyak, aku bukan boleh kalau tengok banyak makanan yang murah. Mula la tergedik2 nak makan. Dah la family ada kat KL sekarang. Huwaaaaa menyesal tak ikut.

Nak tengok Instanbul Aku Datang! Nak durian crepe! Nak pergi MAHA!

Help! Help!



Sunday, November 25, 2012

Breakfast hari ini

Murtabak maggi.
Milo panas.
Terbahekkkk yo.

Aku kalau tinggal sorang, mula la nak masak macam2. Sebab ikut tekak sendiri kan, jadi tak payah susah2 nak fikir sedap ke tak. Ni nanti kang kalau dah kawen suami taknak makan nasi tapi mengadu perut lapar, aku masak murtabak megi ni je bagi makan. 5 minit je duduk dapur, dah siap. Sodap pun sodap. Jangan ngengada tak makan megi. Hehe.





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, November 24, 2012

I miss my family..

Baru beberapa jam family aku bertolak ke KL, aku dah rasa sebak nak menangis sebab rindu mereka. Haha. Mungkin sebab duduk sorang, esok dah mula kerja takdanya aku nak ingat2 dah. Seminggu ok dorang duduk sana berholiday. Hampeh sungguh. Aku kalau banyak cuti memang wajibalrunnah aku ikut sebab sekarang memang dalam fasa takda kerja sangat kat ofis. Tapi oleh sebab sedar diri takda cuti, maka aku pun tinggal sorang.

Baby hariz pulak dah balik rumah dia. Tu yang aku tinggal sorang ni. Amie aku ajak tidur rumah dia je malam ni tapi malas la aku. Aku rasa renyah sangat. Lawan je la rasa takut tu sambil berharap pagi esok cepat menjelma. Hehe. Tadi dia nak tinggal, banyak sungguh pesanan penaja. Jangan lupa itu, jangan lupa ini. Macammmmmm macammmmm. Ada 4 perkara aku kena ingat b4 tinggal rumah esok. Harap2 ingat la. Hehe.

Yang paling aku rindu ialah alya, ain n baby hariz. Sob3





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, November 20, 2012

Akibat mata mengantuk...

Tengah msg2 kat hp sony sambil baring dan mata ngantuk (ye, aku memang pentido awal), sekali hp terlepas dari genggaman, pelepuk jatuh atas muka. Hadoiiiii sakit. Hp sony ni dah la berat. Rasa benjol jap mata sebelah.

Lepas habis bls msg, ambik bb nak balas bbm, sekali pelepuk bb pulak jatuh. Huwaaaaaa ape dua2 hp ni boikot tuan dia ke ape.

Bengkak muka kejap.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, November 19, 2012

Perangai pelik..

Aku baru balik dari beli belah dengan rumet ku. Salah satu barang yang ku berjaya beli adalah seperti gambar di atas. Aku dah lama mengimpikan nak ada screwdriver ni. Tapi asyik lupa nak beli or nak rembat yang bf aku or nak rembat kat rumah. Jadi, bila impian tercapai utk memiliki barang di atas, tahap keeksaitedan aku sedikit melampaui batas. Haha.

Lepas je keluar dari kedai, aku terus keluarkan screwdriver tu. Dari kedai sampai lah ke rumah aku duk pegang and belek2 screwdriver tu. And aku asyik la ulang cakap "za, sukenye kak dapat screwdriver ni". Hahaha. Rumet aku pelik sebab aku happy semacam. Screwdriver je kot. Dia kata aku macam kanak2 dapat gula2, senyum memanjang sambil belek2 screwdriver. Hahaha aku pun taktau kenapa. Tapi yang aku tau aku memang happy and puas hati sangat2. Suka suka suka!!

Aku dah ada screwdriver, tapi yang kepala bunga tu. Ni yang lurus depan. Aku memang nak sangat sebab selama ni aku buat kerja pulas2 dengan tangan je. Sakit siot, rasa nak nangis je. Bila tengok ofismate aku guna screwdriver ni, aku macam kagum2 je ok. Sebab senang and sekejap je. Aku ni sampai berpeluh2 ok nak pulas2 bagi ketat. Kadang kalau aku geram sangat rasa nak hempas equipment tu.

Tak sabar sangat nak pergi site.

Mood: Happy kuasa seribu.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, November 18, 2012

Dulu dan sekarang.....

Tiba2 malam ni aku rasa sunyi je. Rasa kosong. Dan airmata berjujuran la. Huhu.

Aku rasa sejak aku berhenti kerja dengan jana dulu, hidup aku dah tak ceria dah. Aku rasa takda life. Takda kawan. Kosong.

Dulu walaupun environment kerja tak best tapi aku dikelilingi orang2 yang best. Happening. So aku tak rasa bosan. Aku gelak je sentiasa.

Tapi sekarang........



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Congrats Yong!!


Semalam majlis sambut menantu kezen aku kat manir. Tapi satu gambar pun aku takda kerana hidup dilanda kekalutan. 

Semalam juga majlis sambut menantu kawan aku. Kawan masa UMS. Kawan yang boleh dikatakan rapat jugak. Walaupun kitaorang berlainan geng, tapi rapat sebab satu course. Aku suka kawan dengan dia sebab aku rasa dia simple. Lepas tu dia pun jenis kuat ketawa macam aku. Hahaha. Ada orang cakap jugak muka kami ada iras sikit. Dah la dua2 pun rendah tapi dia tinggi sikit la dari aku. Badan pun lebih kurang je. Lepas tu dua2 anak bongsu. +_____+

Banyak jugak perangai dia macam aku, sebab tu aku boleh masuk kot. Aku susah nak berkawan dengan orang ok walaupun aku ni dikatakan peramah. Aku still ingat sampai sekarang, ada sekali tu kitaorang baru balik dari cuti semester kot. Balik2 je ada exam. Tapi ketahuan la aku ni kan jenis manja, so haruslah homesick. Maka bila homesick aku macam takleh nak buat apa2. Rasa nak nangis je, dada rasa macam ada benda tersekat2 gitu tapi tak keluar. Ni kalau orang pernah alami, tau lah kot. Hehe. So dah tentu2 lah tak boleh nak study tapi aku tengok orang lain takda pun yang sedih. Semua macam rilex rilex je study. Aku pun pergilah kat bilik Yong sebab masa tu aku nak ambik nota ke apa ntah. Dah alang2 tu aku borak la dengan dia and bercerita aku homesick, rasa nak nangis ape semua la kan. Sekali rupanyaaaaaaaaaaaaa dia homesick jugak dan perasaan yang dia tengah alami sama macam yang aku alami. Haahahahaha. Aku masa tu happy tak terkata sebab aku tak sangka ada jugak orang yang sama macam aku. Aku ingat semua orang macam tak kisah sebab semua pun boleh study kan. Maka lepas tu, aku tau la rupanya aku ada geng sebab dia kata setiap kali balik dari cuti dia memang homesick, sama macam aku. Serius aku happy sangat masa tu. Hahahaha. Cerita ni aku ingat sampai sekarang sebab aku rasa benda ni la yang membuatkan aku rasa rapat dengan dia sebab rasa macam banyak plak persamaan aku dengan dia.

Maka kenduri Yong ni adalah kategori wajib pergi sebab lepas je grad, kitaorang memang dah tak jumpa. Dia pun cakap dia teringin nak jumpa aku. Lagi la aku eksaited nak pergi. Hehe. 

Actually Yong ni orang Sri Kembangan, tapi dia kahwin dengan orang Trg. Tu yang aku boleh attend kenduri dia tu. Gambar takda sangat pun sebab aku lebih eksaited nak berborak. Kesimpulannnya aku happy sangat dapat jumpa dia. Memang tak sangka. Hehe.







Selamat Pengantin Baru Yong!
Semoga berbahagia.
Aku happy sangat dapat jumpa ko!!





Saturday, November 3, 2012

Mata oh mata

Mata ni waktu hari2 bekerja, lepas bangun subuh tu bagai digam2 suruh tidur balik.
Tapi masa hari minggu ni segar bugar la pulak.
Tak paham aku. Dah la hujan ni. Tidur sodap. Tapi dia taknak tidur pulak. Stress guwe.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, November 2, 2012

You make my day.. ;)

Adini Sofiyya.
Cucu sulung ma ayah aku.
The only princess dalam kalangan cucu2 ma ayah aku.

Dah besar dah. Tahun depan darjah 1. Dulu masa kecik2 ya rabbi kuat nangis nya sampai aku terfikir macam mana la adini ni nak sekolah nanti. Tapi sungguh amazing bila besar, perangai terus berubah hampir 99%. Sangat la berdikari. Dulu susu kena papa je yang buat, sekarang tak kisah dah sapa2. Tidur malam pun dah tak bangun mintak susu. Balik haritu memang setiap malam tidur dengan aku sebab dia taknak tidur kat bilik. Maka tidur la luar dengan mokcik. Yang penting boleh diharap untuk ambik itu ini buat itu ini untuk mokcik nya yang pemalas. Hehe.

Aku buat cerita pasal dia ni sebab aku teringat masa dia balik cuti raya haji baru ni. Kalau teringat kisah ni, sampai skrg aku tergelak sorang2. Haha sabar je lah.

Cerita dia macam ni, aku tengah berus kain baju kat bilik air. Tetiba dia masuk lari2 nak kencing. Aku cakap 'Jangan la lari kakak, licin ni, kang jatuh'. Belum pun perkataan jatuh tu sempat aku cakap "bedebuk", dia jatuh betul2 depan aku. Haha aku kaget jap lepas tu aku apa lagi, terus meledak ketawa dalam bilik air. Dia tak nangis. Tapi dia terus bangun sambil membebel "Sape yang letak air kat sini ni, licin la". Dengar dia cakap tu aku lagi la bertambah kuat gelak. Ye la, bilik air kot, haruslah ada air. Mana ada orang letak2nya. Pulak tu aku tengah memberus, ada la sabun2 tu.

Aku cakap kat dia "Bilik air memang la ada air. Amende la kakak ni. Yang kakak tu lari2 kenapa. Kan dah tau dalam ni licin". Dia jawab "Kakak tak tahan nak kencing la". Hahahaha sungguh la lawak ok. Memang masa dia bangun dari jatuh tu, dia dah terkencing pun. Bercucuran dah air kencing dia masa dia bangun and jalan. Tapi gigih gak bangun pergi sambung kencing kat tandas. Dah la dia pakai baju kurung masa tu. Habis basah baju dia tapi dia macam tak peduli pun. Serius, kelakar sangat.

Tadi aku berus kain baju kat bilik air pun aku gelak sorang2 sebab aku macam ternampak2 die jatuh.

Papa dia kata memang dia selalu tahan kencing. Bila dah nak kencing sangat2 baru hegeh2 nak pergi tandas. Tu yang berlari2 tu takut tak sempat.

Sabar je lah awak ni kakak. Macam-macam.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...