Monday, December 31, 2012

Berikanlah kesabaran yang tinggi padaku..

Petang ni sayu rasa hati ni. Terasa sangat dengan kata2 dan tingkah laku orang sekeliling. Mengadu dengan seseorang, baru rasa tenang sikit hati. Takpelah, kalau nak fikirkan hal orang ni, sampai kesudah tak habis. Redha je la dengan apa yang berlaku sambil berdoa yang terbaik untuk semua.

Lepas dah luahkan, nak keluar bilik rasa takut sebab mata bengkak tak hingattt. Nanti ma tanya. Hik3..

Thank you pada tempat mengadu. You know who you are. Million thanks.

:)


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Good bye 2012, welcome 2013!

Today hari terakhir tahun 2012. Alhamdulillah masih lagi diberi peluang bernafas sehingga sekarang. I'm at home now, menghabiskan sisa2 cuti yang ada. Besok baru start kerja. Nak recap balik cerita2 2012 pun macam takdek benda je berlaku. Semua macam sama je.

Kerjaya still sama jugak, nothing change. Eh tapi projek yang diuruskan je yang berubah. Projek kali ni lebih mencabar. Gaji ada naik sikitttttttt sangat. Environment kerja pun dah berubah. Menjadi bunga di antara2 kumbang di ofis. But sokayyy la, diaorang semua pun ok je except benda2 kecik tu biasa la kan. Anggap sebagai cabaran je la dan bersabar la selagi terdaya.

Love life? Still the same and tak berminat pun nak fikir lebih2. Let's Allah je tentukan semuanya.

Untuk tahun 2013, aku ada satu azam je which is NAK KURANGKAN MAKAN TELUR. Hahahaha. Kelakar but this is serious man! My habit suka makan telur ni sangat teruk sampai kan ma aku panggil aku "mek telur". Sehari wajib aku makan, paling sikit sebiji, paling banyak 3 biji. Che ngah membebel2 sebab dia kate banyak kolestrol. And aku rasa badan aku naik sebab telur ni la. Ye la, everyday breakfast aku wajib telur masak separuh dua biji ye, gred A pulak tu. Mana tak naik badan. Tu belum kira telur dadar yg kadang2 aku ratah gitu je sorang2. Phewww.

So harap2 boleh kurangkan. Breakfast dengan sesuatu yang menyihatkan. Mungkin boleh ganti dgn buah2.

Yang lain2 takda apa la aku rasa. Cuma aku berdoa semoga terus dimurahkan rezeki untuk aku limpahkan kepada kedua ibubapa ku. Amin.

Selamat tahun baru uolzz!!





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Mau kurusss???

Fellina inchloss lotion.
COD only: Area marang, kuala trg, chendering, kuala berang.

Emel ke iburayyan84@gmail.com untuk info harga.
Stok terhad dan harga terbaik!

Thanks!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, December 29, 2012

Satu lagi penyakit orang tua.

Tadi dah cerita pasal sakit orang tua, ni ada lagi satu sakit orang tua gak ni.

Setiap kali aku bangun tido waktu pagi kan, pinggang aku mesti sakit. WAJIB ok. Tak pernah tak sakit. Bangun je mesti jalan terbongkok2 dulu baru boleh tegakkan badan perlahan2. Ni belum kahwin lagi ni, dah kahwin nanti ntah macam mana la. Dah tua dah aku ni.

Kecuali malamnya sebelum tido kalau aku sapu minyak panas kat perut and pinggang, maka esok tu kurang la sakitnya. Aku memang dari dulu suka sapu minyak panas kat perut everytime after mandi pagi and sebelum tido malam. Tapi sejak setahun ni macam dah malas. Ye la, nak sapu minyak apanya dah kalau baring je lena, baring je lena. Memang takleh buat apa.

So aku nak tanya apa supplement yang sesuai untuk aku makan eh? Aku macam nak try GLA Shaklee sebab untuk sakit tulang gak tu. Tapi hmmm kalau boleh nak try kot2 ada supplement lain.

Kalau sapa2 tau, tlg bagitau plesssssss. This is critical!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Pelupa aka nyanyuk.

OMGGGG!!!

Hari yang paling scary dalam hidup aku. Orang2 yang rapat dengan aku tau la kot macam mana kritikal nya sikap pelupa aku. Memang teramat la kritikalnya.

So harini terjadinya perkara kesan daripada sikap pelupa itu. Tadi che ngah suruh aku bawak ain pergi kuala berang beli barang2 kelengkapan sekolah dia yang belum selesai. So pergi la dengan ain kesitu kesini beli itu beli ini. Lepas dah selesai semua, balik la kat rumah che ngah. Duduk2 rehat2 nak tengok hp. Cari hp sony takda. Ahhhh sudah kat mana ni. Aku dah cuak dah.

Joe suruh tengok dalam kereta, aku cari2 takda pun. Aku memang dah cuak tahap kronik tak reti nak cakap dah. Lutut ketar2 dah ni, dah nak menangis bagai. Pastu aku fikir memacam la sebab dalam hp sony ada semua nombor kontek orang, gambar berlambak2 gila, info pasal macam2 ada dalam tu. Bb memang aku takda simpan apa pun. Ada certain2 nombor je aku save kat bb untuk wasap and bbm.

Aku dah terduduk ni, ketar punya pasal. Joe try call tapi takda bunyi kedengaran pun berdekatan sini. Sah! Konfem! Aku dah tertinggal hp tu. Tapi langsung tak ingat kat mana sebab banyak sangat tempat singgah tadi.

Joe call lagi, dannnnnnnnn akhirnya ada jugak orang jawab. Katanya aku tinggal hp tu kat Pasaraya Sakan. Hadoiiiiiiii masa tu leganya tak payah cakap la. Memang lega yang teramat sangat la. Terus aku ajak ain teman aku pergi ambik kat Sakan.

Fuhhhh nasib baik dapat balik. Kalau tak, aku rasa taktau lah aku nak buat apa. Memang aku berkabung sebulan agaknya. Alhamdulillah...

Taktau macam mana nak ubat penyakit pelupa ni.


 Kesayangan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, December 26, 2012

Perjalanan mencabar.

Phewwwww.

Perjalanan ke tempat kerja pagi tadi sungguh la mencabar. Mula2 aku ikut jalan biasa je. Sampai kat paya besar (nama tempat), tengok kereta banyak nye hoihhhhhh. Dah agak ni belum lepas nak lalu. U-turn balik, call che ngah aku, dia kata memang takleh lalu lagi. Dia pergi kerja tadi pun naik bulldozer JKR. Kihkihkih.

Che ngah suruh ikut jalan pasir tinggi-bukit payong. Aku pun pergi la tapi aku nak try lalu kat Kg. Jak sebab nak keluar kat bukit perah, nak ikut pengkalan berangan. Sekali dah jalan lama, tengok jalan tutup jugak. Kereta motor semua brenti tak berani nak pergi. Aku tengok ada pakcik tu meredah air masa tu, sampai kat lutut dia. Uihhhh tinggi jugak tu. Idok la ku berani. Patah la balik sambil call che ngah aku lagi. 

Che ngah kata pergi kerja ikut k.trg la. Aishh tak kuasa la daku. Hahahaha. Che ngah suruh try ikut kedai buluh tu sebab kat situ tinggi katanya, tak naik air kot. Maka aku pun ikut la jalan situ. Sebelum sampai kedai buloh, tengok kena meredah air. Tinggi jugak, kat betis kot. Gasak je la. Tak larat dah nak pusing2 balik, jauh dah kot ni. Redah je dengan berdebar2 dan ditemani viva kat depan, nasib selamat. Dan selamat sampai ofis dengan jayanya pada pukul 9.30 pagi. 

Banjir tahun ni adalah yang paling teruk kat rumah aku. Air pun lambat surut. Nanti aku share gambar2 banjir tahun ni. Alhamdulillah semuanya selamat dah. :)

Sunday, December 23, 2012

Marilah menghabiskan cuti!

Pagi ni kan....lepas solat subuh tadi, tetiba rasa nak berbungkus dalam selimut lagi. Sekarang kan musim hujan tak henti2, makanya peratus nak bermalas2 atas katil tu amat tinggi. Lepas tu cakap dengan diri sendiri, pukul 6.30 la bangun mandi siap2 nak pergi kerja.

Tapi tapi tapi......bila tibanya pukul 6.30, peratus malas tu belum berkurang pun. Kejap, fikir2 kat ofis banyak kerja tak. Ermmm
1) Status site survey belum update dalam sistem (banyak gila site pending, matilah kalau bos tahu), tapi harini HQ cuti, moga2 dorang tiada kerajinan nak extract data dan buat report.
2) Attendance belum sign bos. Tapi esok masih ada sebelum bos bercuti panjang.

Rasanya takda dah kerja penting yang melibatkan aku kot. Yang lain2 dorang boleh handle sendiri. Lagipun bos ada kat ofis, so takkan ada masalah.

Jadinya marilah kita membuat keputusan untuk bercuti. Ekekeke. Alang2 cuti ada 4 hari lagi yang wajib dihabiskan sebelum tahun baru.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, December 20, 2012

Kalau tak sedar diri lagi, mungkin bakal menjadi peguin bergerak.


Bukti 1:


Bukti 2:

 Beberapa hari lepas, rumet aku tegur:

"Kak, za nak kabo ni kak jangan marah eh. Kak macam berisi dah".


Bukti 3:

Tadi balik kerja, sepupu aku tegur:

"Chik, chik dah gemuk"

OH MANNNNN!!
Apa yang perlu ku lakukan???



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, December 19, 2012

Musim hujan is otw!

Safely arrived at rumah manis rumah. Perjalanan yang sungguh mencabar harini. Banjir is everywhere! Biasa dalam 40-45minit dah sampai rumah dari marang, tapi harini hampir sejam setengah baru sampai.

Paling laju pun boleh bawak 50km/jam je. Nak bawak laju2 pun tak boleh sebab kereta kat depan bersusun, semua bawak slowwwwww je. Nak meredah air takkan nak bawak laju2 jugok dok? Tu cari nahas la gitu tu.

Ni aku ikut jalan short cut eh sebab kalau ikut main road, penuhhhhh dengan trafic light je. Jalan short cut jarak nya sama tapi cepat sikit la kan sebab takda trafic light. Kena redah hutan2. Sebab tu banjir merata2. Saat meredah air takut giler sebab ku masih tak confident dengan tayarku. Hihi.

Musim hujan dah start nampaknya. Haduiii nak pergi site susah la gini. Besok ada lagi site ni.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

105, please be nice to me.


Hahahahahahaha.
Aku nak gelak dulu sebelum bercerita. Nak cerita pun malu tapi dulikkkkk ah. 
Hahahahahahahha. *gelak lagi*

Alkisahnya kan, hari tu (khamis baru ni kot) Joe (my kezen) tegur tayar kereta aku takda angin katanya. Yang sebelah depan bahagian kanan. Aku sudah cuak sebab bab kereta memang aku surrender awal2 ok. Walaupun ianya hanyalah bab mengisi angin. Sepanjang 2 tahun lebih aku guna kereta ni, aku tak pernah pun isi angin tayar kereta aku sendiri ok. Diulang, TAK PERNAH. Wajib aku memaksa orang2 yang bertanggungjawab untuk isi. Hehe. 

Lepas joe bagitau tu, aku cakap dengan dia "aritu chik tanya, joe kate ok je". Pastu dia cakap "haritu ok, ni macam takdok sangat doh ni". Huwaaaaa aku dah stress. So bermula dari hari dia bagitau tu, aku dah ada niat la kan nak pergi pam kat stesen minyak. Tu pun memang dah plan siap2 nak suruh orang yang ada kat stesen minyak tu nak pam. Wakakaka. Tapi sekarang kan musim hujan, tiap kali nak brenti je mesti masa hujan. Tempat isi angin tu kan mana ada bumbung. Takkan aku nak berhujan pulak semata2 nak isi angin, kang orang kata aku nebeng la pulak.

Sehingga lah semalam, aku pergi site. Balik dari site, otw nak ke ofis, kereta aku bunyi2. Bila brek je bunyi nyet nyet nyet gitu. Bukan bunyi macam seret tu, tapi bunyi nyet nyet nyett. Haha aku cerita kat budak ofis aku pun dia gelak. Tapi ku cakap benar dong, emang gitulah bunyinya. Pastu bising pulak tu, semua orang tengok. I is malu tau. Aku bagitau kat kawan ku, pastu dia marah2 kenapa tak pam la, itu la inila. Eh kau ni, aku tengah stres nak buat membebel pulak. Malas la ku nak layan kan. Aku dah start cuakkkkkkkk dah. Aku fikir ada kaitan dengan tayar aku yang kempis ni kot. Duk ofis tak tenang dah hidup aku. Makanya balik kerja tu, gigih aku ke stesen minyak nak pam. 

Perghhhhhh pestime pegang pam tu menggigil tangan gua. Dah lah nak panggil pekerja dia macam jauh kan, malu pulak aku. Aku pun try2 la pam sendiri. Mula2 aku pam tayar belakang dulu. Sukses! Wahhhhhhh kagum dengan diri sendiri okey bila dengar bunyi tett tett tett tu. Serius aku rasa kagum. Hahaha. Tengah2 pam tu ada pulak kereta menunggu kat belakang. Hadoiii kacau daun betul. Aku baru je nak steady2. Dah siap pam 3 tayar, tibalah masa yang ditunggu2, pam la tayar depan yang bermasalah tu. Tetiba aku cucuk pam tu, angin jadi keluar menembak2 gitu, macam dia tolak2 pam tu. Paham tak? Aku tak reti nak cerita tapi begitu la keadaannnya. Memang macam dia taknak terima ok, aku risau la nak paksa2, kang meletup tayar kat situ, mampoihhhh la guwe. Aku ni kan fikiran sokmo over melampau. Haha. Aku dah menggigil ni. Masuk kereta, call kawan aku cerita2, pastu kena bebel sedas dua, aku letak tepon. Bosan la time tengah stress kau nak bebel2 pehal. Benci benar aku. Aku pun try la pergi kat pam satu lagi, dan keadaan yang sama juga terjadi. Maka ku balik rumah dengan frust dan menggigil.

Dari start aku sampai rumah, aku start tanya semuaaaaaa orang. Aku bbm , wasap, msg, call.. Semua medium aku guna nak tanya orang ok. Pastu aku paksa rumetku tanya kawan laki dia jugak. Haha. Aku stress la sangat2 haih sampai tak lalu nak makan. Nasib tengah hari tu dah makan. Tapi sempat la jugak aku layan cerita Instanbul Aku Datang!. Ekekekeke. Mostly orang yang ku tanya cakap mungkin yang bunyi2 tu pasal brake disc rosak ke haus ntah, ku lupa. Pastu yang tayar tu mungkin bocor atau pin dia tu rosak. Tapi aku tetap la jugak stress. Tido pun macam tak tido sebab tak sabar nak tunggu siang menjelma nak pergi kedai tayar. Ramai nasihat ku suruh pergi check kat kedai tayar je. Masa ni aku wasap dengan kakak aku n liya je sebab 2 orang ni je yang tak tambah stress aku dengan bebelan2 yang ntah hape2. Relaks je deme suh aku bertenang cakap takde mende pun. Haha. Yang lain2 malas ku nak layan, bebel la kau sorang2 kat sana.

Pendek cerita, kul 9 kuar dari rumah nak pergi kedai tayar. Drive berhemah gila ok. Radio pun tak pasang sebab stress. Hahaha. Eh aku memang jenis kalau tengah takut, stres ke hape memang takleh pasang radio dalam kete sebab macam serabut. Kadang2 kalau nak masuk or keluar parking susah pun aku tutup radio sebab rasa mengganggu. Ekekeke. Eh sambung cerita tayar. Lucky me, ada satu kedai tayar yang dah bukak awal. Aku pelanggan pertama dia kot sebab masa aku sampai dorang tengah kemas2 kedai lagi. Hihi. Cerita2 dengan dia masalah, dia pun pam semua tayar aku. Pastu tak sampai 2 minit dah siap katanya. Aku cakap tayar depan tu ok ke? Pin tak rosak ke? Kenapa saya pam tak masuk?. Dia cakap ok je, tak rosak. Kalau rosak kita pam tadi tak masuk sambil tunjuk kat aku alat dia yang tunjuk pasal angin tayar aku cukup. Aku tanya berapa ringgit ni, dia cakap takpe, free je. 

Derrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!

Buat penat hoihhhh aku stress tak tentu hala sampai tak tido tak makan fikir, padahal takda masalah mende pun tak kena keluar duit pun! Maknanya aku la tu tak reti pam. Hahahahahahaha. Eh tapi apesal aku pam yang lain2 ok je. Ni yang buat aku konpius dan masih rasa tak selamat. Tapi ku rasa macam ringan sikit masa drive tadi, ke imaginasi aku haa?? Bunyi2 tu pun still ada tadi. So aku bawak kete slow2 je tadi and radio still tak buka lagi. Hihi. Dah la apex ada kat radio ERA tadi. Haihhhh la.

Lepas siap, ku wasap kakakku bercerita, dia bantai gelak. Adehhhh.

Otw ofis aku dah borak2 dengan kereta aku, mintak dia baik2 je dengan aku. Lepas tu aku mintak maap sebab aku pernah cakap nak jual dia (wakakaka terbongkar rahsia!). Pastu Maaf sayang, tak berniat pun. 


Ni la haaa orang yang membuatkan daku tak keruan. Ni sebelum pam. Kempis ke u olls??

 


Astaga panjang bebenau cite aku kali ni, pasal tayar kereta je punnnn. Puiiiihhhh.




Saturday, December 15, 2012

Budak domok dah ada IC!

Ni gambar lama. Sekarang hariz sudah tombam tapi belum tahap ketul2 lagi. Masih larat lagi nak dukung. Hihi. Dah la suka benor berborak sekarang. Hariz tomey!




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, December 13, 2012

Live update

Adehhhh sakit jantung ku tengok bola ni wey. Mak aku dah surrender, dah g dapur pun kacau lempuk durian. Haha. Kezenku pulak dah tengok running man. Tinggallah daku dan ayah penonton setia. Tapi aku tak setia sangat sebab sambil main game kat hp. Hehe.

Boleh ke dapat 2 gol dalam masa kurang lebih 10minit lagi ni. Hadoiii sakit pale hotak.

Dah la si hensem dah kena red card. Frust guwe. Hensem tuhhhhhh.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Oh apek!

Kenapa ku rasa apek ni makin hensem pulak bila dah dekat nak kawin ni haa?? Dulu masa zaman orang tengah gila2 kat die, aku pandang sebelah mata pun tak. Tapiiii sekarang sejak2 tengok gambar dia, rasa aishhhh hensem jugak apek ni. Rasa macam, oloh2 geramnyeeeeeee hensemnyeeee kau ni.

Sampai ku rasa macam nak gamble je pergi kenduri dia even dia tak ajak pun. Nak ajak hapenyeeee, kenal pun idok. Haha. Ni aku duk ulang2 tengok gambar dia. Tak puas2! Gila apa aku ni?? Haha.

Arrrggghhhhhhhh!!

Takpe2, budak2 je tu deq, baru 23 tahun je umur. *ayat sedapkan hati*



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, December 11, 2012

Tenangnya kau.

Ada orang, kalau ada masalah or ada benda yang kena fikir, relaks2 je boleh tidur, boleh buat macam takda apa2.

Tapi kalau aku, masalah sikitttttt je pun dah buat aku serabut. Tak lena tido, tak lalu nak makan. Jadi aku rasa aku nak avoid benda2 yang serabutkan otak aku tapi bapak susahnya. Kadang bukan masalah pun tapi terlampau fikir. Hoihhh macam mana nak ubah diri ini. Tak mampu den.

Bulan ni bulan sibuk. Sibuk sampai takda masa nak bernafas rasanya. Serabut fikir hal ofis. Minggu ni bos takda so mungkin sebab tu terlebih serabut kot. Nanti bos dah balik, ok lah tu KOT.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, December 5, 2012

Cik ted..

Kat bilik kite pun ada Cik Ted jugak. Hihi. Tapi kita bukan ain hawani, kite adeq madiani.

Hahaha puuiiiii. Geli dengan diri sendiri sebab cakap begitu.






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, December 4, 2012

Belum habis lagi rupenya...

Hahaha.
Aku ingatkan dah habis cerita pasal durian crepe ni. Since aku bgtau hosmet aku, durian crepe tu rasanya takdelah awesome sgt, dia tak puas hati. Sebab masa hari aku beli tu, dia pun ada beli jugak tapi dengan penjual yang berlainan la. Orang ni glamer siap ada brand sendiri la kan. Bukan setakat durian crepe dia buat, pavlova pun ada dia buat. Kawan aku cakap memang sedap, best gile ape semua la kan. Tu yang dia tak puas hati bila aku kata takda la sedap sangat pun.

Maka semalam dia beli lagi semata2 nak bagi aku rasa yang orang ni pulak. Kot2 la sebenarnya penjual aku aritu tak sedap kan. Aku pun semangat nak balik kerja nak makan durian crepe ni. Sekali makan, hampeh jugak. Takda la rasa "best gile" die tu. Hahahahaha kecewa member.

Yang kaler pink tu strawberry crepe. Pun tak sedap mana jugak. Ada strawberry slice kat dalam.

So durian crepe ni memang not my taste la kot. Harap2 takda dah orang nak bagi aku makan durian crepe.

Officially tutup cerita. Hehe.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, December 3, 2012

Bola bola dan bola..

Tengok bola dan pakai jersi. Hihi sungguh semangat. Nasib menang. Sepupu aku pun pakai jersi sama tapi aishh lupa pulak nak capture gambar. Nanti game dengan thailand, pakai lagi. Kekeke.

Rumah aku memang semangat bola. Kalau ade badminton and bola, kau jangan berangan la nak tengok chanel lain. Memang takkan dapat punye. Mak aku orang pertama yang menentang. Dia ingat je ade match apa lawan apa. Lebih dari bapakku pulak. Hahaha. Pastu dia yang excited lebey dari orang lain, jerit2. Marah bapak aku. Hihi.

Siapa yang tak suka sukan, jangan datang rumah aku time ada match apa2 esp bola and badminton. Harus kebosanan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, December 2, 2012

Dah habis demam durian crepe.

Akhirnya....

Yang ni aku beli la, bukan buat sendiri. Sebab musabab beli adalah kerana nak rasa dulu, then dah tau rasa dia macam mana baru boleh buat.

Tapiiiiiiii after makan ni, nafsu nak mencrepe takda dah membuak2. Hahaha.

Review yang aku nak buat ni adalah mengikut TEKAK AKU ok. Pendapat aku kan, takda la sedap mana punnnnnnn. Hahahaha sumpah kalau aku tau macam ni rasa dia, baik aku buat je. Aku beli ni dari penjual yang dapat review bagus2 dah dari pembeli2 kat area kuala trg ni. So takkan la kualiti tak ok kan. So aku anggap durian crepe ni bukan citarasa aku la kot. Sampai aku heran bebenor awat review orang makan macam sedap over sangat. Again, citarasa orang lain2 kan.

So kesudahannya, aku makan 2, amie aku makan 1, 3 lagi tong sampah makan.

Hihi.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...