Thursday, January 31, 2013

Kehendak

Teringin gilerrrrrr nak pakai Note II, tapi mak tak mampu noksssss. Mampu tengok kelip2 mata je lah.

Sob sob sob :(

Huwaaaaaa
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, January 28, 2013

Setia Hujung Nyawa

Tengah melayan cerita ni. Baru download. Humakaihhhh Zain ni hensem siot weyyy. Terkedu jap aku tengok muka dia. Lepastu cara cakap cool je. Badan lawa. Haishh tak reti nak cakap tapi hensem la. Bila senyum lagi tambah hensem. Ples ples ples.

Tak sabor nak download episod lain2 esok. Orang lain dah berkurun tengok, ye dak? Aku memang macam ni, sokmo lambat. Tadi try download Sehangat Asmara tak boleh pulak.

Ish nak sambung tengok Zain la. Mungkin malam ni boleh mimpi Zain. Mihmihmih




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, January 27, 2013

Hadiah dari CH..

Sendiri tak pergi2 pun lagi.
Sobssssssss










Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, January 23, 2013

Gagal mengawal perasaan..

Aku kalau marah, mulut aku sungguh puaka. Serious. Kawan aku cakap, kalau aku marah dia tak sanggup nak baca msg2 yang aku hantar. Sungguh menghiris jantung.

Tu je la cara aku nak luahkan kemarahan. Sebab bila cakap face to face or by call, aku memang akan diam je bila marah. Memang takda perkataan panjang2 pun yang akan keluar.

So, bear with it!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Kebudak-budakan..

Besok cuti and sepatutnya aku balik kampung la. Memang dah rutin aku la tu kan. Akan tatapiiiiiii harini aku tak dapat balik lagi sebab nak urusin laptopku esok. Pagi tadi call ma cakap dengan dia harini tak balik, esok baru balik. Macam okey2 je aku rasa plus tak sabar nak tunggu esok menjelma, takda la sedih pun takleh balik lagi. Dah besar kot kannnnnn.

Petang tadi turun dari ofis, tengok banyak parking lot dah kosong. Cepat bebenor dorang ni balik, almaklumlah nak cuti panjang. Hati dah rasa lain dah ni. Drive kereta, dah rasa sebak nak nangis kooooo. Rasa macam nak u-turn and balik kampung time2 tu jugak! Sebab aku fikir tak dapat lah jumpa hariz minggu ni. Hariz, tunggu mokcik. Huwaaaaaaaa aku nak nangis. Sakit dada aku tahan nangis.

Haha.

Dah besar panjang pun still nak nangis tak balik kampung. Padahal bukan tak balik lama pun, sehari je kot. Senget benor aku ni. Plus aku skrg macam sayang nak tinggal mak ayah aku. Sejak2 duduk bertiga dengan deme ni, aku rasa makin best lah. Mak aku dah la asyik melawak je. Pastu seronok kalau dengar dorang borak, kadang2 lawak ok. Ayah aku suka buat lawak tentiba. Huwaaaaaaa rindu ma.

Tapi paling aku malas bab berebut tv. Sekarang kan dah start musim bola, apaaaaa pun tak bleh. Asyik bolaaaaaaa je. Aku aritu sampai sentap ok sebab berebut tv dgn dorang. Mak aku lebih fanatik dari ayah aku. Dia rela tak ikut aku pergi jalan semata2 nak tengok bola.

Aku: Ma nak ikut chik tak petang ni g k.brg?

Ma: Errmmmm... Nak la. Hariz pun takdok. Puah la.

Aku: Tapiiiiiiii petang ni ada bola, klate main. Hikhikhik

Ma: Yeke? Ma pk dulu lah.

Sudahnya tak pergi pun k.brg sebab nak tengok bola. Dengan aku aku sekali tak pergi sebab dia taknak teman.

Sabar je lah mak aku ni.

Rasa macam nak balik tapi kalau balik, hal laptop ni sampai kesudah tak setel. Makanya bertabah je laaaa. Sobsobsob.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, January 21, 2013

Blackhead dan penyelesaian (Untuk aku)

Rumet aku kan sukaaaaaaaaaaa sangat kelebet2 muka aku. Kalau aku baring2, tetiba je dia mesti "Kak, meh za tengok muka kak". 

Dia suka buang aku punya blackhead sebab dia kata muka aku banyak benda tu. Dia jenis geram, takleh tengok, mesti time2 tu jugak nak buang. Dulu masa dia mula2 buang tu, memang aku keluar airmata ok sebab sakitnya yang amat. Masa tu guna hujung pin tu je. Last2 kitaorg keluar, aku beli acne remover ke apa ntah. Sakit jugak tapi kurang la. Tapi dah lama2 dia buang tu aku dah jadi kalih, sakit pun tahan je. Sebab everytime blackhead keluar, rasa kepuasan tu.

Setiap 2 or 3 hari dia akan belek telek muka aku sebab katanya muka aku blackhead cepat bebenor keluar. Aku ni blackhead pun tak kenal, puas la dia ajar camna cara nak beza blackhead dengan jerawat. Tak jugak aku pandai. Dia raba2 je dia dah tau tu blackhead. 

Tapi itu semua duluuuuuuuuuuu la. Sekarang tidak lagi. Hihi. Dia la yang perasan. Sebab everytime dia belek muka ku, dah takda blackhead dah. Ni almost sebulan dah kot dia check tiap2 minggu, dah takda. Dulu 2 or 3 hari sekali mesti ada tumbuh baru. Aku tak tau, dia la yang cakap. Pastu dia syak sebab aku pakai ini:


-





-





-





-




Sebab yang lain2 pasal muka memang aku tak tukar apa. Toner and krim still pakai yang lama, tak abih2. Pencuci muka je la yang tukar, pakai kat atas tu. Konfem memang sebab pencuci muka la kot. Tapi yang cleansing cream tube tu serius terbaikkk. Bau best! Dia macam scrub ada biji2 tu, tapi dia tak berbuih ok. Kalau muka kotor, lagi la tak berbuih langsung. Kalau sabun tu bila pakai rasa pedih2 sikit. Tube tu aku pakai masa kat rumah sewa, kat kampung aku pakai sabun sebab malas nak angkut2 tube everytime balik kampung (padahal bukan besar pun, dasar pemalas).

Ok, dah setel masalah blackhead. Masalah kegemukan je tak setel2 lagi. Sigh.





Saturday, January 12, 2013

Kisah ma dan ayam..

Ma tengah cuci pinggan kat dapur, aku sibuk halau ayam yang bunyi teramat bising berkeliaran kat depan rumah.

Aku: Ma, bakpe ayam ni bunyi?

Ma: Die cari tempat nak telur.

Aku: Doh dok kang hok jatang pun nak telur gok?

Ma: Die sokong bini die.

????

Sabar je lah mak aku ni.




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, January 11, 2013

Cousin's Wedding

Congrats Kak Ita!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Banjir 2012

Haha dah masuk 2013 pun, tapi still belum habis cerita 2012. Memang banyak pun cerita terbengkalai aku belum update. Tengok la time aku rajin and takda modal, aku guna je cerita yang lama2 tu untuk update. Hehe. Tapi cerita banjir ni wajib update. 

24/12/2102, dalam pukul 4 lebih ayah ku call.

Ayah: Chik ada kat pejabat ke?
Daku: Ho bakpe yah?
Ayah: Air naik dah kat rumah ni. Kat parking kereta ada air doh.
Daku: Hah? Yeke? Tadi chik mari pejabat takdok lagi jalan tutup. Chik lalu ikut pengkalan berangan tadi. (masa ni memang hujan tak berhenti2 sejak dari semalam)
Ayah: Nanti balik kalau chik tengok orang tak ikut jalan tu, chik pusing balik. Jangan g deh.
Daku: Haa ok2.

Lepas tu dalam pukul 5 bos ku ajak balik sebab lapar katanya. Lagipun masa tu takda orang keje sangat sebab esoknye kan krismas, memang ramai yang cuti. Sunyi sepi ofis. Tu yang boleh balik awal. Otw balik ntah berapa kali la ayah call tanya kat mana. Tapi perjalanan aku smooth je, takda la tersekat air ke apa. Tu yang aku macam pelik apesal ayah ni macam risau bebenor kan. Ni jalan relax je mana ada naik air pun lagi. Akan tatapi, beberapa meter sebelum sampai kat rumah aku, aku tengok ini keadaannya;




Semua kereta dah berhenti tepi jalan. 

Knowing me, aku terus la cuak fikir macam mana rumah aku, ada orang tolong tak family aku, dan macam2 la. Nasib aku tengok kereta che ngah aku ada depan aku, means dia dah ada kat rumah aku dah tu. Lega sikit hati aku. Pastu aku terus menangis (takda keje lain) call Yuhanis. Aku pun taktau kenapa aku call dia. Dia je ada dalam kepala aku masa tu. Hahaha. Agak2 dah boleh bertenang, letak fon call che ngah and ayah aku. Dorang cakap tinggal kereta, kena redah air balik rumah. Sobsobsob.

Maka redah lah air aku sorang2. 


Rumah aku nun yang ada warna putih tu.

 Kayu tu la yang kami gunakan untuk masuk ke rumah sebab tangga nak masuk rumah memang dah tenggelam pun.

Kesian hariz. Baby banjir. Hihi. Masa ni amie and kila belum sampai. Dorang cakap jalan jem sebab banjir. 

Ni petang aku sampai dalam pukul 6 air kat situ lagi. Tapi air terus naik malamnya tu sampai ngam2 kat paras mozek tu. Kiranya kalau ada hilux or lori yang lalu lalang konfem ombak besar dan air masuk rumah. Seriuosly aku sedih sangat2 masa ni sebab aku takut air terus naik. Memang aku tak tenang sangat. Dah la tandas memang penuh la air semua. Kitaorang ambik air sembahyang kat depan tu, tarik wayar dari paip. Kencing pulak hahahahahahaha kelakar, abaikan. Pastu aku sakit perut pulak tu, redah air pergi tandas kat rumah sepupu aku. Hehe.

Malam tu dalam pukul 9 lebih kot, air bertahan je che ngah aku cakap. So aku dah kurang risau la. Kitaorang semua ntah pukul berapa la tidur malam tu sebab risau. Mungkin pukul 2 kot. Kejap2 bangun tengok air. Alya tidur paling lambat rasanya sebab dia kata dia tak ngantuk. Tapi jiran aku ada tak tidur, tengokkan air. Che ngah pun tak berani balik sebab ada jalan tutup gak. Malam tu tidur la kami bergelimpangan dengan konsep asal boleh ajooo.

Ni bahagian atas rumah aku. Memang tak nampak rupa la sebab barang2 kat dapur semua angkut naik sini. Tu pun banyak yang tak sempat angkat.

 Tu dapur rumah aku yang penuh dengan air dan modelnya sekali.

 Tu kete abg mie aku, baru sampai. Dia redah je air depan rumah pastu pergi letak kereta atas bukit.


 Ni bahagian belakang rumah aku. 




Malam dah pukul 7 macam  tu, air dah start masuk kat belah atas rumah aku. Al kisahnya rumah aku condong, jadi bahagian bilik belakang memang masuk air. Tapi nasib tak banyak.





Tu semua bahagian bawah@dapur dan tandas rumah aku. Nampak kesan basah kat dinding tu? Air naik sampai situ. Tikar getah semua tak sempat gulung pun, pinggan mangkuk pun tak sempat angkut. Merasa la hazab cuci tikar tu semua. Joe and che ngah aku yang cuci. Kesian, sakit2 pinggang deme.

 Ni bahagian depan rumah selepas air dah surut. 


Kezen aku, bad main2 bot buatan sendiri lepas air dah surut. Hehe. Dulu masa amie aku belum kahwin, dia selalu la naik benda alah ni pakai seluar pendek merah dia. Sekarang dah kawen dah tak layan dah. Tunggu hariz besor, biar hariz pulak main. Kikikiki.

Overall banjir tahun lepas adalah yang terburuk kena kat rumah aku. B4 ni air memang tak naik teruk macam ni. Jalan depan rumah memang tutup untuk kenderaan ringan. Bersepah2 orang atas dari kampung aku tinggal kereta redah air balik rumah. Yang tidur dalam kereta pun ada. 

Yang hazabnya nak kemas lepas banjir la. Dah kemas2 semua, seminggu lepas tu kena berangkut balik sebab banjir kali kedua. Tapi gelombang kedua ni tak teruk sangat. 

Apapun alhamdulillah semua selamat. Family semua ok dan takda benda yang tak baik berlaku. Eh ada, tapi biarlah tuhan je balas tu semua. Terima kasih pada family che ngah aku yang banyak tolong. 







Thursday, January 10, 2013

Memohon pertolongan..

Aku nak mintak tolong ni, especially rakyat2 kelantan. Nak tolong carikan minyak seperti dalam gambar di atas. Taktau lah kalau kat negeri lain ada jugak. Sebab aku beli ni kat wakaf che yeh, kelantan tapi rasanya dorang jenis yg jual merata2 kot. Orang yang jual tu dengar dia cakap macam dia deal dengan istana2 je. Kat botol minyak ni pun ada tulis "formula herba istana".

Rakyat kelantan, kalau jumpa tolong beli. Nanti aku bagi duit la, jangan risau. Sebab mak and ayah aku guna minyak ni. Dah habis, taktau nak beli mana lagi. Mak aku cakap bagus untuk batuk2, sakit urat. Sebab ayah aku sekarang lelah, tak sihat je selalu.

Tolong eh. Tq in advance.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, January 8, 2013

Gemuk! Hihihi.

Tadi masa balik dari solat zuhur, terserempak la dengan bos2 lama masa kat T*M dulu. Dorang ada vc kot, tu yang datang sini. Ada sorang tu memang aku agak rapat la dengan dia. Dia tengok aku atas bawah, banyak kali, lantas bersuara,

 "Sihatnyeeeee mar lening!"

Dengan erti kata lain "Gemuknyeeeee mar lening!"

Ekekekeke. Aku dah biasa dah orang tegur gitu sekarang. Berat aku sekarang mungkin 51kg kot, ntah la, tak berani nak timbang (tau takut). Dulu around 46-47kg je. Memang ramai yang negur nye. Hihi. Badan aku bagai di pam2 naiknya. Tak taulah kenapa. Aku rasa pola pemakanan aku sama je macam dulu, breakfast, lunch tak makan, makan petang after balik kerja b4 pukul 8. Memang itu lah dari dulu. Serius memang tak berubah pun. Tapi mungkin yang berubah adalah sebab aku sekarang ni makan nasi banyak. Wakakaka. Terutamanya hari weekends. Banyak nau aku makan nasi. Taktau camna nak berubah sebab terliur siot tengok nasi. Makan nasi dengan telur dadar pun dah cukup bagi aku. Tu pun dah menimbun nasi ambik. Hihi.

Lantak la gemuk pun, asalkan sihat sudeyyyyy.  Lagipun nanti mak aku bising sebab lauk yang dia masak sokmo tak abih. Bukan ada orang pun kat rumah aku sekarang, tinggal la berdua tu. Amie n kakak ipar aku balik pun bukan makan sangat. Sebab dah penat kan. Kadang tu nak bagi tidur anak, sekali dengan deme pun tidur sama. Sian mak ayah aku waktu siang2. Sobsobsob. Nasib hariz ada. :( Kalau hariz balik rumah dia hujung minggu, mulut dorang asyiklah sebut tanya bila hariz nak datang. Ahhhhhh taknak la cakap pasal ni, aku rasa nak nangis pulak ingat mak ayah aku. Sedih tengok dorang sekarang ni. Terima kasih hariz sebab teman tokma and toki.

Btw, ni keadaan fizikal aku sekarang;




Gambar 20/12/2012. Gemuk kannnnn???? Siap double chin hokey! Rasa nak pitam tengok diri sendiri.



Gambar 2/1/2013. Masih lagi gemuk dan kembang. Double chin masih wujud.

Aku takda la rasa stress ke hape sebab badan naik. Cumanya kenkadang kalau baju or seluar tak muat baru datang stress tu. Haha. Takpelah, asalkan sihat dan happy, ye dok?

 


Monday, January 7, 2013

Ribut Tropika Sonamu

Dah heboh sana sini pasal ribut ni kan. Aku takda lah macam berhati2 sangat sebab aku tengok cuaca pagi tadi macam ok je. Plus semalam tak tengok berita, jadi takda la rasa apa2 pun.

Tapi tadi balik dari site, angin kuat gilerrrrrr. Stok macam nak melayang sama aku ni, padahal gemuk. Terhuyung hayang aku berjalan. Betapa kuatnya angin tu. Dah la ofis tepi pantai, lagi la terasa. Cuma yang bernasib baiknya ofis aku ni kat atas bukit, tinggi. Ofis aku kan, kalau angin kuat, mesti dengar bunyi angin yang macam bunyi seram2 tu. Haritu aku siap tak jadi pergi surau sebab dengar bunyi angin tu, sebab surau ofis ni kat floor yang orang tak duduk so seram lah. Aku dah nak sampai surau, sekali dengar bunyi angin tu, aku patah balik, naik lif turun balik solat kat rumah. Hihi. Scary owhh. Walaupun tahu itu adalah bunyi angin, tapi tetap jugak takut.

Ni ofismate aku cakap, division yang kat floor bawah, semua dah pindah floor atas. Tinggal server je kat tingkat bawah. Tadi dorang pergi site kat Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), katanya pesakit2 tenat dah pindah ke hospital2 daerah. Pesakit2 yang biasa2 je semua dibenarkan balik. Sebab HSNZ ni pun kat tepi pantai. Patut la tadi aku pergi site kat kuala berang, bersepah2 ambulans kat tengah jalan. Mesti tengah transfer pesakit. Kesian nya.

Macam takut la pulak kan. Aku ingat macam biasa2 je. Apa-apa pun berdoa semoga semuanya selamat. Amin.







Friday, January 4, 2013

Ya Allah...

Lindungi lah kedua ibu dan bapaku daripada penghinaan di dunia dan di akhirat.

Murahkan lah rezeki kedua ibu dan bapaku.

Jauhkan lah kesusahan daripada mereka.

Amin.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, January 3, 2013

My mum..

Mak aku comel sangat.
Dia tengah potong2 ubi kayu nak rebus, pastu ada dia potong besar, dia asing.
Aku tanya,

Aku: Bakpe hok tu asing? Molek tu.
Ma: Ma nak beri ke ayam. Sian dia lapo ujang2.

+______+


Aku gelak dalam hati dan capai hp tulis entry. Haha!

Ayam pun nak makan ubi kayu time hujan.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...