Wednesday, March 20, 2013

Silent

Dah lama tak update blog. Nak dekat 2 weeks dah. Hmmm ada je cerita tapi macam takdo mood lagi nak menulis. Nak bercerita ni kena ada mood jugak. Kalau tak nanti taktau apa benda yang ditulis. End up tempek je gambar2 macam entry "Love" tu. Hahaha. Tu sebab takdo mood la tu.

Eh aku rajin tau, mood je yang takda. Hehe.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, March 9, 2013

Den sukerrrrrrrr.

Dalam banyak2 game, malam ni paling puas hati. Dah lama ku tunggu saat2 ni. Hewhewhew.

Terima kasih Red Giant.
Good job Red Giant.
Tahniah Red Giant.
Terbaikkkk Red Giant!!


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, March 8, 2013

Makan Angin

Aku jarang tengok tv. Memang boleh kira je bila masa aku tengok tv. Siang aku lebih rela main game dari tengok tv. Malam lagi la, baru tengok 10 minit, aku dah masuk lalaland. Kalau tengok pun, mostly aku tengok yang pasal masak2 makan2 je. Takpun channel KBS. Hehe.

Tapi skrg setiap hari jumaat, pukul 1.30 petang aku wajib tengok tv. Tengok rancangan kat atas tu, Makan Angin. Best siot. Dia ala2 Jalan Jalan Cari Makan jugok. Tapi happening tengok lelaki tu. Kelakar plak tu. Sapa hah nama artis tu? Aku sampai sekarang taktau nama dia.

Tiap kali makan dia mesti cakap "Erm sedap!". Hihi comel sangat.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, March 4, 2013

Selamat bercuti!




Hari ini hari Pertabalan Sultan Terengganu.
Kepada rakyat terengganu, marilah kita bersama2 sambung berguling2 di atas katil.
Mihmihmih.




**pic credit to google.


Saturday, March 2, 2013

Mimpi..

Orang kata kalau mimpi gigi tercabut, ada orang terdekat nak meninggal kan? Tapi tak boleh percaya sangat sebab khurafat. Taknak percaya tapi mostly itu la yang terjadi.

Contoh macam kat rumah aku ni kan, ada satu bunyi burung tu. Kitaorg panggil burung duk duk. Burung tu jarang sgt nak dengar bunyinya. Bila dengar bunyi burung tu, kami fikir mesti akan ada orang nak meninggal. Dan ye, betul. Dalam masa terdekat selepas bunyi burung tu mesti ada orang meninggal. Taknak percaya, tapi memang betul2 jadi sampai alya yang kecik tu pun dah tau. Haritu dia dengar bunyi burung tu, dia cakap "bunyi burung duk duk, mesti ada orang nak mati". 2 hari lepas tu, ktorang terima berita ada sedara meninggal.

Mak and che ngah aku pulak kalau ada orang nak meninggal, diaorang tak boleh tidur dalam dua tiga malam sebelum kejadian.

Rumet aku pernah cerita, kakak ipar dia mimpi gigi goyang2 nak tercabut, dua tiga hari lepas mimpi tu, ayah mentua dia (ayah rumet aku) kena strok. And beberapa bulan lepas tu kakak ipar dia mimpi gigi tercabut. Seminggu lepas mimpi tu, ayah mentua dia meninggal. Innalillah.

Ermmm aku tengah risau ni. Tapi takda la fikir sangat pun dan memang taknak fikir pun. Cuma lepas bangun tidur tadi je fikir kejap. Bulan lepas aku mimpi gigi aku goyang2 tapi tak boleh cabut. Semalam pulak aku mimpi, gigi berdarah nak tercabut tapi belum tercabut la. Harap2 takda dah mimpi ketiga. Nauzubillah.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...