Tuesday, April 30, 2013

Blog dah terabai..

Kesian blog aku, terabai..

Ni semua gara ini dan ini !

Cepatlah demam ini berakhir.







Thursday, April 18, 2013

Fun and.....

......short trip to Pengkalan Kubor. Cerita lama ni. Lama yang amat kot. Jap aku tengok tarikh kat gambar. Ok, sebulan lepas, 4 Mac 2013. Public holiday kat trg masa tu. Hihi.

Kila la yang ajak pergi tapi masa dia ajak tu semua orang mcm malas je kecuali mak aku je semangat. Tapi i know my family esp che ngah tu. Kalau dia cakap malas, bila orang dah siap2 dia pun cargassss jugak bangun bersiap. Sebab tu aku anggap plan tu jadi je la. Ma pun dah semangat2, macam kesian pulak kalau tak jadi kan. Tapi malam sebelumnya tu aku macam dah malas sebab dorang ni macam nak taknak je. Kila tu stroller Hariz pun dia tinggal kat rumah bukit payung. So, paginya aku pergi la joging macam biasa. Jumpa che ngah dia tanya jadi tak pergi. Pastu pung pang pung pang che ngah kata jom la kita pergi, bawak ma. Sian kat ma sebab dia dah semangat kan. Kalau kila and amie taknak pergi pun, kita pergi kita2 je. Aku pun call ma suruh dia siap2.


Aku balik rumah, dahhhhh semua nak pergi pulak. Include ayah aku. So decide pergi 2 kereta sebab takut Hariz tak selesa. Itu ini pukul 9am lebih baru gerak. Sigh. Dah la banyak drama ok masa perjalanan pergi ni. Biasa la, kalau ayah aku turut serta, konfem trip tu akan jadi banyak drama kelakar. Ayah naik skali kereta dengan amie, kila and hariz. The rest naik dengan aku. Dalam kereta aku ni asyik gelakkkkkkk je sebab duk mengulang cerita2 kelakar ayah aku, tambah pulak dengan che ngah aku yang sikit2 nak gelak. Hahaha. Dah la tak tau jalan pergi Pengkalan Kubor. Ingat nak tukar destinasi pergi Rantau Panjang dah. Berhenti tepi jalan tanya orang akhirnya sampaiiiiiiii jugak. Masa tu dah nak dekat pukul 3pm kot. Haha.

Tengok coklat ni, rasa nak pergi lagi!

Sampai2 je pergi surau dulu, solat, bagi hariz bertenang kejap. Hariz cranky kejap sebab ngantuk and panas sgt. Lepas dah solat rehat2, terus la jalankan aktiviti. Takda la besau bebenor tempat nya. Aku borong coklat je. Kila la banyak beli, padan la dengan dia yang nak pergi sangat tu. Hahaha. Dah setel semua, keluar dari gate nak dekat2 pukul 6pm kot. Teruskan perjalanan pulang, berhenti makan and solat kat pasir puteh.

Mom and dad.


Sampai rumah tak ingat pukul berapa. Dalam pukul 10pm gitu kot. Nasib sampai2 tu tak rasa penat sangat. Sempat lagi borak2 dan tengok hasil belian kila. Lepas ni kila ajak pergi rantau panjang pulak. Nak! Nak! Nak!

 Muka berlengas dah masing2. Kepenatan dah masa ni. Tunggu kila yang tak habis memborong lagi.


Ni berhenti jap kat gerai kat gate luar nak beli beras. End up bukan beras je beli, macam2 diangkut sekali. 





**kila, ada gambar i is curi gambar dari blog u. maaf dong. hihi





Wednesday, April 17, 2013

Hijau..

Semalam pergi pasar malam. Dah siap membeli, tengah jalan2 nak pergi kat kereta, ada sorang kakak panggil and pegang tangan aku. Dia cakap "Dik, ambik la hadiah". Aku terpinga2 and tarik tangan nak larikan diri. Sebab aku berjaga2 sangat dengan orang asing. Skrg kan banyak kes pukau ke apa kan. Dia tengok muka aku cuak agaknya, dia cakap "Ni hadiah je dik. Ambik la."

Aku tengok palstik, huk aloh nak kempen rupanya. Terkujat mak hencik. Haha. Aku pun ambik. Dia tanya "Blh ngundi dah kan?". Aku iyekan and aku cakap terima kasih. Then aku pun terus balik.

Dapat la sebiji epal hijau kat dalam dengan manifesto2 kot. Kalendar 2013 pun ada. Belum bukak lagi sebab nak tunjuk kat ayah aku. Hahahaha semangat!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, April 16, 2013

Perang bendera.

Musim sekarang ni penuh dengan bendera je kat mana2. Lepas tu bermacam2 replika ada. Kat tempat aku ni ada kereta kebal la, roda la, basikal la, macam2 lagi. Ada la nak dekat 10 kot. Parti yang sama pulak tu. Gigih. Suka tengok. Kalau jalan dari rumah sewa aku ke ofis ni, dalam 3km lebih penuh dengan bendera parti pembangkang je. Takda LANGSUNG bendera kaler biru atau merah putih. Semua hijau sesaja. Ater dah kawasan Tok Guru kan. 






 Ni kat traffic light depan ofis. Cantik sangat. Macam anyaman tikar. Bila ada angin, beralun2 gitu. Ahhh cantiklah. Kreatif. Sesambil tunggu lampu hijau, sempat aku snap.






Gambar2 ni aku ambik masa otw aku pergi kerja dari k.brg. Ambik sambil drive. Hajat nak berhenti tepi jalan nak snap2, tapi kang orang ingat aku reporter pulak. Semangat sangat. Hoih harus semangat sebab bukan selalu ni, 5 tahun sekali je. Hehe. Ada satu tempat tu meriahhhhhhhhhhh yang amat dengan bendera. Tiap kali lalu situ mesti aku terkagum2. Kat Kg Gondang tak silap. Tadi nak snap tapi banyak sangat kenderaan, malu la pulak. Haha.

Musim pilihanraya ni kalau kat rumah aku, malam nak tahu keputusan tu yang meriah. Kawan2 ayah ada datang rumah tengok skali. Makan pun depan tv. Semua berkumpul depan tv. Lepas tu gigih semangat ambik paper yang ada senarai calon2 tu, tick2 sape yang menang, berapa majoriti sume. Hahaha. Berkat ajaran ayah, dah jatuh ke anak2. Seronok. I is tak sabar.


Monday, April 15, 2013

HB Ain!

Jumaat lepas, 12 April adalah hari lahir Ain. Makanya sebagai kakak yang penyayang, aku pun membelikan kek untuk dia. Hahaha. Beli kek kecik tuet je sebab kat rumah ni sape la sangat suka kek. Dorang adik beradik la kalau makan pun. Aku memang tak makan sangat kek. Kalau makan pun sesudu macam tu je. Kecuali kek secret recipe, yang tu semuaaaaaaaaaaaa orang suka. Beli sebiji pun tak cukup. Eh baru ingat, Alya dah lama request nak kek secret recipe, tapi tak beli2 lagi. Kesian pulak. Nanti eh ya, chik belikan.


Takda sapa pun kat rumah masa hari kejadian. Kami2 je la. Nasib Ain happy je dan memberikan kerjasama masa nak tangkap gambar. Sebab sebelum tu dia moody je. Pastu aku paksa2 Hariz nyanyi lagu Happy Birthday kat dia, baru dia senyum sikit. Hihi. Huh dorang (read: Alya and Ain) ni selalu moody tak bertempat ok. Mau je aku picit mulut muncung tu. Hidup mesti happy selalu dik. Lupakan dan buang segala masalah dan orang yang menyesakkan hidup kita. Gitewwww.


 Birthday gurl get ready nak potong kek :)


Tangan Hariz interprem. Tak sabor nak terkam kek Mok Ain.


Selamat Hari Lahir Ain.
Belajar molek-molek ok.





Wednesday, April 10, 2013

Tarikh Penting!


20 April 2013 : Hari Penamaan Calon

30 April 2013 : Tarikh Undi Awal

5 Mei 2013 : Hari Mengundi

10 Mei 2013 : Hari Lahir Saya!!





Hahahahaha. Nak jugak letakkkkkkkkkkkkkkkkk. :p










Friday, April 5, 2013

7 years of friendship and still counting..





Selamat Hari Lahir to my bff, Azliyana!!


Semoga Allah sentiasa mempermudahkan kehidupanmu.

Love u forever. :)



Monday, April 1, 2013

Bakal suami dan jodoh..

Aku kalau diberi peluang memilih bakal suami antara artis (tak hagak2 kauuuu, terus artis) dengan pemain bola, aku tanpa ragu2 akan memilih pemain bola. Antara pemain bola dengan askar, aku dalam dilema. Haha.

Dulu aku tak suka dengan orang uniform2 ni kecuali orang yang keje tentera udara sebab uniform dorang segak. Hehe. Tapi keterujaan aku terhadap askar ni bermula sejak insiden lahad datu. Satu hari tu, aku tengah relax2, dengar la lagu inilah barisan kita tu kat tv. Tiba2 satu perasaan timbul " Bangganya kalau ada suami askar. Berjuang untuk selamatkan negara ". Dia macam tiba2 je terdetik kat hati tau. Terus aku cakap kat mak aku, mak aku terkejut je sambil cakap macam ala2 bagi tak bagi. Hehe. Ala, bukan aku dah nak kawin dengan askar pun. Cuak nau mak I. Haha.

Tahap keterujaan aku terhadap pemain bola plak memang tinggi. Memang tak dapat dinafikan lagi. Tengok dorang peluh2 kat atas padang, uuuiiiii jantan gila rasanya. Hahaha. Harapnya kalaupun suami aku nanti bukan pemain bola untuk negara negeri dsb, biarlah dia sorang yang aktif bermain bola.

Gitewwww.

Silent punya la lama, timbul2 cakap pasal bakal suami. Apaaa pun tak boleh. Haha.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...