Tuesday, May 28, 2013

Satu lagi wishlist dah terlaksana..

Taraaaaaa.
Yeayyy! Kita dah dapat barang idaman kita.
Fuh fuh fuh. Punya la susah nak beli, berbulan2 mengidam baru berjaya dalam genggaman.

Dah lama aku mengidam nak beli pemanggang ajaib ni. Dari mula2 dia glemer sampai la skrg ni suam2 kuku. Nak beli yang biasa cap ikan tu mahal nau. Jenuh la aku tunggu sapa nak pergi langkawi sebab nak kirim. Orang cakap kat sana murah la sikit. Last2 kirim kat orang yang aku tak kenal pun. Hehe. Takpelah, janji dia nak tolong beli dengan ikhlas. Bukannya mulut cakap nak tolong beli, tapi kemudian hari mengungkit. Ye dok?

Bestnya. Tak sabor nak guna. Puas hati aku dapat beli setelah sekian lama mengidam. Gembira macam kanak2 dapat cekelat. Hehe. Berat and besar giler. Lepas ni boleh la google resepi macam2.

Yeayyy!! Suke! Suke! Suke!



**aku mengidam dah tahap mak mak dah. Haha




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Thursday, May 16, 2013

Sunday, May 12, 2013

Tiap2 hari adalah hari ibu.

Harini hari ibu.
Selamat hari ibu, ma.
Pagi tadi sebelum pergi keje dah cium ma cakap 'Selamat hari ibu'. As always, ma mesti suka gembira.

Ustaz azhar kata tak boleh celebrate hari ibu. Tiap2 hari pun hari ibu. Baiklah ustaz. Hehe.

Skrg ni kalau boleh tiap2 hari nak balik kg sebab sokmo rasa rindu ma ayah. Taktau lah kenapa. Tambah2 hariz ada ni, lagi la kuat rasa nak balik tu. Tapi tiap2 hari jugak kutahankan jebat. Tak sabo nak tunggu hari khamis menjelma.

Hari2 aku skrg especially weekends adalah hari bersama keluarga. Pergi mana2, buat apa2, semua dengan family. Memang takda langsung dah keluar dgn kawan2. Kalau kawan ajak keluar pun aku berfikir byk2 kali sebab rasa tak sampai hati nak tinggal ma ayah kat rumah. Dah la weekends je ada kat rumah, pastu nak keluar spend time dgn kengkawan pulak. Rasa tak sampai hati lah.

Lagipun weekends aku full skrg ni. Pagi2 lepas subuh tu terus keluar joging. Balik rendam kain baju, sapu rumah, berus kain baju baru masuk washing machine, tolong ma masak sikit2 kalau rajin. Lepas tu cuci bilik air lagi. Kalau ade masa pun waktu petang je utk aku rehat2. Sebab tu aku malas nak keluar lepak2 sebab masa tu jugak la masa utk aku borak2 dengan ma ayah.

Aku rasa dah lama aku tak tido lepas subuh. Even cuti pun aku still bangun 6.20am macam biasa. Sebab kalau tido lepas subuh bangun sah2 pukul 10am. Then aku rasa hari aku singkat. Lepastu rasa sia2 je masa. Lgpun rezeki kurang masuk nanti. Sebab tu aku tak suka lelaki yang tido lepas subuh. Hehe.

Tapi hari sabtu baru2 ni aku tak pergi joging and aku bantai tido lepas subuh. Hambik ko, pukul 10 tersedar. Terkulat2 jap aku. Terus bangun pergi dapur minum milo and capai penyapu sambil rasa menyesal giler tido. Pembaziran waktu.

Eh apekah yang aku merepek sampai pjg bebenor ni? Hahaha. Oklah, sampai ketemu lg. Daaa



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, May 11, 2013

10 Mei 2013 - driving license expired semalam...

Maka semalam juga adalah hari lahir aku yg ke 28. Syukur Ya Allah sebab masih bagi peluang untuk aku bernafas di bumi yg penuh ranjau ini. Semoga terus dimurahkan rezeki dan rahmat Mu..

Terima kasih utk wishes yg diterima. Fidah, azhar, ain, alya, eg, chiella, che ngah, ma, ayah, amie, abg, kila, kak na, akak, hariz (wpun tak boleh cakap lg haha), liya dan semua2 yg wish kat fb, wassap, mesej2. Tak larat nak sebut satu2. Terima kasih dgn doa kalian. You all make my day. Love u!




**tahniah utk kakakku yg dpt ipong5 sbg hadiah birthday. Huwaaa bestnye. Aku tak pernah dapat hadiah birthday best. Itee nak jugakkkk. Usaha sendiri je la deq oii. Haha.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, May 10, 2013

My dad is so funny.

** Edited.




Hahahaha. Comel. Tak tetap pendirian plak tu. Patut la anak dia pun sama (aku la tewww).

Love u ayah!






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, May 5, 2013

5 Mei 2013

Harini election day.
So selamat mengundi to all.
Make sure buat pilihan yang betul. Undi untuk masa depan negara. Kita dah boleh berfikir mana yang buruk mana yang elok.

Happy polling day!!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...