Monday, June 10, 2013

Perasaan bercampur baur. Hmmm

Harini taktau la kenapa hati sangattttttt la tau fu fa. Semua benda nak nangis. Haiyaaa.

Harini pukul 6 dah keluar rumah sebab nak hantar kak ke airport. Tengok ma babai2, dah keluar airmata. Rasa sedih je. Taktau lah kenapa. Nasib gelap lg, kak tak nampak. Hahaha.

Lepastu abah kebetulan nak balik sabah, transit KL, so flight sama la dengan kak pagi tadi. Aku hantarkan abah sekali la dengan kak. Masa kat airport tengok abah punnnn keluar airmata aku. Nampak abah dah dimamah usia. Tambah2 abah cerita macam2 pasal dia. Sedihnya. Kesian abah. Semoga kehidupan abah baik2 sahaja. Oh btw, abah ni pakcik aku ye. Satu2nya adik beradik kandung belah ayah aku. Kitaorg mmg panggil dia abah.

Then, lunch keluar dengan kila. Makan kat mcd. Cerita2 pasal hariz. Terus keluar airmata aku. Bercucuran tak brenti pulak tu. Tu baru anak sedara, dah nangis ghopeee gitu. Kalau anak sendiri acaner la gamaknye. Agaknye apa la kata org2 yg kat mcd tu. Haha. Hati aku sangat2 la tersentuh kalau pasal budak2. Ermmm.

Lepas lunch, kila kena gegas balik opis sebab dia dah lewat. Aku cam biasa, jalan2 cuci mata dulu. Tuju guardian sambil call ma. Tadi sebelum pergi keje nampak ma macam tak sihat, tapi call tadi ma cakap dah ok. Suara ma pun ok je. Lepas cakap2 panjang dgn ma, aku nangis lagi. Hahahaha. Ntah apa org2 kat guardian tu cakap, tengok budak nangis di sebalik rack. Haha. Sengal la aku ni.

Harap dah takda la episod nangis harini. Time bulan mengambang memang aku sensitif sikit. Hahahaha. Aku cuma berdoa aku mampu buat yg terbaik untuk ma ayah. Amin. Melihat mereka yang dah berusia dan fikirkan kesusahan dorang besarkan aku, hati aku sebak sungguh. Bila sentiasa ada depan mata dorang, tgk sakit sihat susah gembira dorang, buat aku sangat sensitif dgn segala hal yang melibatkan dorang. Dan aku sentiasa berusaha utk gembirakan dan tunaikan keinginan dorang.

Love u mom & dad.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 9, 2013

Relakan Jiwa

Dengar lagu ni sambil buat keje hari ni. Sungguh mendera perasaan sendiri. Sangat mendera. Hampir2 mengalah pada pendirian sendiri, tapi masih berjaya diselamatkan. Hukhuk.








Wednesday, June 5, 2013

Minggu sibuk..

Bekpes hari ini. Minggu ni sempat bekpes dalam kereta je. Semalam bawak milo je, tak sempat nak bawak makanan. Merasa la kau kebulur. Petang baru jumpa makanan.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Sunday, June 2, 2013

Sixth sense..

Petang td balik keje awal sebab nak pegi hospital. Masa letak beg laptop kat seat blakang, tetiba rasa mcm 'Ermm purse ni nak bawak keluar ke eh? Rasa mcm ada roadblock'.. Sebab biasanya purse and henbeg aku tinggal kat kete je, bawak naik opis backpack laptop je. Tapi tadi bawak naik purse sebab nak bayar hutang opismate.

Rasa mcm ada roadblock, so nak bawak keluar purse letak depan la skali dgn henbeg. Tapi hati kuat mengatakan 'Ahhhh mana ada. Selama ni lalu takda pun. Jalan hutan lagipun'. So bior je la purse dlm beg laptop tu kat blakang.

Lalu jalan short cut mcm biase, sekali nampak polis buat roadblock kat tetengah hutan tu. Aku terus campak henfon ke bawah sebab biasenye henfon kat paha aku masa tgh drive. Haha kesian fon. Dah tak sempat nak letak elok2 sebab polis duduk kat selekoh. So, berhenti la selepas ditahan pak polisi.

Pak polisi: Mai lesen memandu.

Me: Ermmm purse ada kat beg blakang (sambil tunjuk seat blakang). Jap la, sy turun.

Pak polisi: Tak payah la. Dari mana ni?

Me: Marang.

Pak polisi: Marang kat mana?

Me: Telekom marang.

Pak polisi: Lenkali letak depan skali dgn awk. Apa2 hal, senang. Jalan.

Me: Bahek lahhh.


Phewwww. Brenti jap jantung. Lepas tu aku kagum dengan 6th sense aku. Tapi sebenarnya memang dari dulu aku dah ada 6th sense macam ni dan semuanya tepat! Cumanya dia opposite la. Kalau aku fikir takkan berlaku, sebenarnya akan berlaku. Kalau aku fikir ada, sebenarnya takda. Dan begitu lah sebaliknya.

Biasanya aku penat berdebar menangis takut ape semua, padahal takda apa pun berlaku lepas tu.



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...