Monday, July 29, 2013

Taraaaaa..

Hai all!! Jap, kena sapu segala sawang habuk2 bagai ni. Haha. Lama nau tak menulis kan. Buka blog tiap2 hari tapi malasnya nak menulis, sabar je lah. Ni sindrom fb dah activated balik la ni. So ade gambar je, update ringkas2 sudoh lah kat fb. Kesian blog. Sob sob sob.

Puasa alhamdulillah setakat ni ok2 saje. Walaupun tiap2 hari cranky mentara nak tunggu buke pose tu. Haha. Cranky dgn yuhanis jek pon. Aku kan kalau lapar, perangai jadi tak munasabah sikit.

Life overall is ok. Walaupun ade pincang situ sini sikit, alhamdulillah dugaan di bulan puasa. Hadapi dengan sabar dan tenang sajolah. Asalkan hati kita dijauhkan dari sifat2 mazmumah sudah. Itulah doaku tiap2 hari. Allah takkan menduga hambaNya di luar kemampuan mereka.

Persiapan raya? Hahaha yilekkk. Yang dah ready hanya lah duit raya, biskut raya 5 jenis, dah tempah satay. Yang lain2 nan hado. Baju raya memang dah niat nak cari yg dah siap je tapi takda perasaan langsung nak membelinya. Dah macam2 tempat pegi tawaf, tapi tak terbeli2 jugok. Jadi takde semangat pasal aku pegi keje tak pakai baju kurung, baju kurung yang ada dekat 40 pasang ok. Dah taktau nak letak mana. So semangat nak membeli memang takda langsung!

Kerepek2, air2 plak mungkin beli nak dekat2 raya kot. Barang2 basah kena tanya che ngah and akak dorang nak masak ape, baru boleh belikan. Kemas rumah? Haihh langsung takda semangat! Start cuti 6hb-13hb. TM bagi cuti 7hb-12hb, so aku tambah 2 hari je. Hihi syorrgaaa sangat. Tahun ni pulak semua giliran raya kat sini kecuali amie aku, giliran johor. Moktik will miss u hensem boy, hariz! Amie aku takda, so kena kerja keras sikit la tahun ni. Selama ni dia je yang readykan semua. Sobsob sedih.

Okeh, tu je la rasanya update setakat ni. Tuan blog dah makin melebar, rujuk gambar post sebelum ni. Haha.

Adios u oll. Selamat Hari Raya! (Incase dah takda blog post after this haha)



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Saturday, July 6, 2013

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...