Friday, September 13, 2013

Hariz Al-Haziq

Mokchik & Hariz.. :)







Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, September 11, 2013

29th August 2013

Happy belated 4th birthday kesayanganku!
Be nice to me please!

:)





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, September 10, 2013

Apekah normal?

Haritu aku ada terbaca blog suraya sulatin pasal ni. Lepas tu aku suruh kawan baca and tanya aku ada ciri2 maca tu tak? Dia kata ADA. Hahaha. Dia cakap aku pelik.

Takde lah. Aku tak rasa pun aku ada OCD tu. Tapi sikit2 mungkin ada. Contohnya aku is tak boleh tengok bakul baju kotor penuh dengan baju. Tak boleh ok. Aku rasa tak senang hati, sakit hati, dari malas terus rasa rajin. In fact aku sanggup bangun pukul 3-4 pagi untuk basuh semua baju2 tu. Aku dah la jenis yang sebelum campak dalam washing machine, wajib nak kena rendam dan berus dulu baju2 tu semua. Maka memberus la daku tetengah pagi buta tu. Jiwa aku takkan tenteram kalau tengok baju berlambak dalam tu. Tidur aku tak lena sebab asyik fikir pasal baju, buat apa2 pun fikir bila nak setel baju kotor tu, nak pergi mana2 pon bontot berattttt je sebab fikir pasal baju2 tu. Serius, memang aku macam ni ok. Sangat2 tak boleh terima baju melambak tak basuh.

Pastu bab sidai baju pon sama. Aku akan sidai ikut group, baju kurung, t-shirt, seluar, kain batik. Takda main sidai je kejap baju kurung, pastu seluar, pastu tudung. No no no! Kalau mak aku sidai baju memang berterabur, kalau aku tengok dan ianya membabitkan baju aku, konpem aku akan atur semua tu balik bagi nampak kemas. Pastu satu lagi perangai mak aku, lepas dia angkat baju2 dia biar je hanger tu macam tu. Aku tak boleh, aku kena susun hanger tu elok2. Takda terbiar bergantungan je. Sakit mata ok. Org tengok nampak mcm pemalas nau, hanger pun tak boleh nak susun.

Then lipat baju and susun baju pun sama. Aku ada cara aku lipat baju sendiri. Biasa nya kalau org lain lipat baju, aku bawak masuk bilik, aku lipat balik semua tu sekali. Setakat ni akaq aku je yang lepas piawaian lipat baju macam yang aku nak, in fact lebih kemas dari aku! Haruslah aku suka kalau dia lipat baju. Hikhik. Pada aku kan, cara lipat baju seseorang perempuan tu boleh menunjukkan dia seorang pengotor ke pengemas. Ni bagi aku ok. Kalau bagi kau lain, suka hati kau lah. Aku cakap mcm tu based on pemerhatian sekeliling aku. Dulu aku kat hostel, hanger baju aku mestilah sama kaler dan bentuk. Hukhuk. Baju kurung lain, t-shirt hanger lain dan sebagainya. Kalau seluar nak gantung, semua kena gantung, nak lipat semua kena lipat. Tapi dah duduk rumah ni tak sanggup dah aku nak cari hanger yang sama kaler dan bentuk, baju kurung pun tak muat nak gantung dalam lemari. 

Pastu kalau aku makan jagung kan, aku akan makan ikut barisan dia tu. Jagung kan biji2 dia duk dalam barisan, haa aku makan ikut barisan tu la. Ada orang kan die gigit je ikut dang macam tu. No, aku tak. Aku tak suka sebab nampk comot, kotor. Hahaha. Kalau makan ikut barisan tu, dah habis nanti nampak cantik dan kemas. I loike!

Bab rumah pulak aku takda la beria sgt pasal bukan rumah sendiri. Taktau lah rumah sendiri nanti mcm mana. Tapi yang sekarang ni, kalau sampai tahap aku dah tak boleh nak pijak lantai, rasa debu2 bagai, aku penat macam mana pun, aku pegang jugak penyapu tu. Every week biasanya aku akan kemas rumah, sapu2 mop2 bagai. Tapi tengok pada mood dan keadaan jugak la. Skrg ni anak buah aku stay rumah aku, so aku agak malas nak mengemas sebab mereka suka bebenor menyepah. Macam takda guna aku mengemas. Haritu mop lantai, tak sampai beberapa minit macam2 dah tumpahnya. Mak aku berbuih mulut membebel. Budak2.. sabor je ler. Sepah la selagi boleh sepah anak. Duduk lah dalam sampah sarap tu. Nanti2 baru mokchik kemas.

Then baju aku kalau aku basuh, aku tak boleh kalau tak letak softener. Lagi2 kalau baju kerja. Aaaaaa cannot. Aku akan rendam balik baju tu dengan softener. Sebab tu seboleh mungkin aku tak bagi mak aku ambik tau bab2 pakaian. Biar aku yang handle. Even pakaian dia or pakaian ayah aku. Lagipun kesian la dia kan dah tua, dah puas cuci baju kita ni. Bior kita la pulak berbakti kat dia. Biasanya dia letak je baju kotor, so weekends aku balik aku cuci la segala mala baju tu. Kalau part cuci baju aku suka je buat. Hehe.

Ermmm apa lagi eh? Macam tak ingat dah. Aku takda lah sekronik benor. Aku rasa standard je macam tu kot. Rasanya semua orang pun macam aku kot. Normal je kan? Eh ke tak? Hehehe.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...