Monday, October 14, 2013

Demam, tikus dan hari raya!

Hai hai hai. Hehe dah lama abaikan blog sejak ada fb ni. Haishh takleh jadi ni.

Alhamdulillah.

Masih diberikan peluang utk bernafas di bumi Allah ni. Tapi kesihatan tak bagus sgt skrg. Hari ni adalah hari kelapan selsema. Malas nak pegi klinik sebabnya macam taknak bergantung sgt terhadap ubat. Nak natural remedies konon. I don't want too many drugs in my body gituuu. Makanya bertahan lah dari sehari ke sehari. Dulu masa muda remaja kalau demam selsema, bertahan tak makan ubat, 3-4 hari camtu dah ok dah. Tapi dah tua2 ni, lambat pulak nak sembuh.

Sebenar adalah risau sikit2 tak pegi klinik ni. Sebabnyeeeee hehe nak gelak dulu b4 cerita. Hari sabtu malam ahad yg lepas (yg minggu 5hb), masa tengah tido malam tu tetibe aku rasa jari manis belah kiri digigit cik ti. Rasa macam kena cucuk nak ambik darah tu. Aku terus terjaga, pastu dengar cik ti mencicit lari. Haishh geram nau aku. Then esoknya ahad tu, masa petang dah rasa tak sedap badan kat ofis. Rasa nak demam. Pastu isnin nya tu dah start selsema sampai lah skrg belum baik2.

Mula2 aku bagi chance kat diri aku, kalau hari kamis tak elok jugak selsema nak pegi klinik je. Sebab tak tahan dengan hidung tersumbat bagai. Hurix inhaler tu sumbat je hidung sepanjang masa even kat opis pon. Tak tahan dah aku. Tapi hari berganti hari, ni dah masuk minggu baru pun, still bertahan tak pegi klinik. Hehe.

Malas sbnrnye nak pegi. Wpun takpyh bayar pun, pegi ambik ubat (yang belum tentu aku makan) je, tapi tetap jugak malas. Cuma ada rasa nak detail check la takut tikus tu membawa racun2 ke hasil gigitan dia tu kan. Tu je yang takut and risau sebenarnya. Kita bkn tau pon kan. Kang tiba2 pengsan, sajeeeee je. Hihi.

Tapi malam ni rasa macam tak tahan dah, macam nak telan actifast je 2 biji. Tengok lah camna. Lambat sgt natural remedies ni. Esok nak raya dah. Hehe. Stress aku, haiwan2 ni suka sgt dgn aku. Ular lah, tikus lah, kura-kura lah.

Nway, selamat hari raya aidil adha kepada semua. Semoga hari raya ni, di bulan baik ni, kita bersihkan hati kita, berubah kepada yang lebih baik. Tak payah nak busuk2 hati dengan org. Belajar terima pendapat dan nasihat org lain utk lebih berjaya. Insyaallah.

Tahun ni aku ada masuk satu bahagian utk korban. Insyaallah semoga terus dimurahkan rezeki utk korban setiap tahun starting this year. Amin.

SELAMAT HARI RAYA!!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...