Tuesday, December 31, 2013

Assalamualaikum 2014..


Harini last day untuk tahun 2013.
Segala perkara yg baik dlm tahun ni akan dikenang, Insyaallah.
Dan segala yg buruk taknak igt dah, igt utk dijadikan pengajaran je.

2014.
Please be nice to me.
Ada 2 perkara benda besar yg kudoakan utk tahun 2014.
Semoga dipermudahkan.
Amin. Tlg aminkan skali ok. Hihi.


Sent from my Samsung mobile.


Thursday, December 19, 2013

Kawan..

Aku ada kawan.
Kawan yang rapat sangat.

Kawan yang walaupon bergaduh, tak bertegur sapa beberapa bulan, tapi boleh berbaik macam takda apa2 yang berlaku.

Kawan yang aku tak pernah malu nak tunjuk apa2 pon, yang paham, tahu kenal aku luar dan dalam.

Kawan yang boleh tidur satu katil single satu bantal.

Kawan yang tau hampir 90% rahsia aku.

Kawan yang bila aku batuk2 waktu malam sampai tak boleh tidur, dia sanggup bangun sapu vicks kat belakang and dada aku walaupun aku sendiri pon malas nak bangun sapu vicks kat dada sendiri. Haha

Kawan yang langsung tak berkira walau susah mcm mana pon keadaan dia.

Kawan yang relaksss je bagi username and password cimbclicks dia supaya aku boleh akses sesuka hati dan dimana jua. Hehe.

Kalau difikirkan aku tak layak untuk dapat kawan macam dia. Tapi syukur, terima kasih Allah sebab temukan aku dengan dia. Panjang jodoh ktorg ni, belajar sama2 then keje pon satu company. Tu yang merapatkan lagi hubungan kami.

Paling tak boleh lupa, masa kat UMS dulu walaupun bergaduh tapi still pegi bandar sama2, tapi jalan asing2 kat bandar. Bila nak balik, sms bagitau tunggu kat mana pastu naik bas balik. Padahal tak bertegur. Haha bengong sungguh.

Biasa kalau bergaduh aku la yg byk buat hal pon sebab aku jenis yang tak suka menunggu. Liya ni plak lembap haha. And aku juga jenis yang tak boleh berkongsi kawan. Means kalau kau nak keluar dgn aku, dengan aku je boleh. Takyah nak bawak kawan ko yang lain pulak. Aku tak reti camna nak berborak. Ni kalau kawan rapat la, kalau kawan biasa2 tu tak kisah nak keluar beramai2. Sebab tu aku jenis yang tak ramai kawan kot. Tapi bila aku dah kawan dan org tu boleh ngam dgn aku, memang aku rapat betol2.

Semoga kita kekal menjadi kawan dunia dan akhirat.

Sayang mu ketat2 boh! Haha

My forever friend, insyaALLAH. 




Terima kasih liya sebab jadi kawan aku!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...