Tuesday, January 28, 2014

Isu gemuk

Assalamualaikum.

Kalau nak ckp hal gemuk ni tak penah abih. Haha. Kang kalau kurus, lupa diri mkn byk gemuk balik. Cakap balik hal gemuk. Cenggitu la. Aku skrg dalam fasa gemuk yang over sudah. Aku ni dah la pendek, kang kalau gemuk macam bola dah rupa hape dah nanti. Baik sedor diri sebelum badan naik dan terus naik.

Paling kelako, yuhanis cerita aku siap ngigau lagi. Hari ahad haritu masa tidur aku cakap "bestnye deme ni mkn gitu pon tak gemuk". Terkedu yuhanis. Wakakaka betapa stresnya siap masuk dlm tidur. Sabar je la.

Sebelum ni makan memang tak jaga. Dulu2 kalau makan nasi ada la jugak beringat, ambik sikit2 je. Skrg lagi tak puas lagi tu tambah. Air masak pon dah kurang minum. Bila air kurang, aku stop supplements sebab taknak side effect lain pulak yang timbul kemudian hari. Exercise pun dah stop sejak bulan puasa haritu. Haha gila pemalas. Camna la bdn tak naik.

So kesannya semua seluar jeans dah simpan dalam lemari dah. Cannot pakai anymore. Sadis kan? Ni paling gemuk dlm sejarah kot. Sebab b4 ni kalau gemuk pon still ade certain jeans yg blh pakai. La ni yilek pocik. Semua tak boleh. Tapi still tak sedor diri lg tu. Then ambik gambo tengok diri gemuk rasa down gila tapi still tak sedor2 lg. Then khamis last week timbang berat tengok2 dah 55kg. Pang!! Masa tu la baru rasa tersentak sebab tak pernah2 berat naik cenggitu. Dan2 rasa nak diet. Haha.




Gambo latest.

Haha. Begitu gemuk. Baju2 kat lengan banyak dah ketat. Maka ku buat langkah drastik untuk sedar diri secara serius. Aku pon taktau kenapa aku tetiba diet. Mak aku asyik la eleh boleh ke tak, eleh dua tiga hari boleh la, eleh sapa bile. Duk eleh2 kat aku. Tapi ku gagahkan jua diet. Today hari ke 5 aku tanpa nasi dan sewaktu dengannya. Kalau ikutkan roti pon tak boleh tapi hari ahad haritu aku makan burger. Hehe. Jumaat and sabtu pon makan roti dengan milo.

Wpun banyak cheat dlm diet ni, still ada penurunan berat aku bila timbang semalam. Syukur gila rasa nak melompat kat scale tu serta merta. At least turun sikit supaya boleh jadi semangat untuk aku go on.

Untuk rekod;
23/01/2014 - 55.8kg BMI - 27.28 (pre-obese)
27/01/2014 - 53.7kg


Weight to loss - 10kg
Accomplished by 31/03/2014

BMI siap masuk overweight dah ok. Haha.

Kelemahan utama aku dalam diet ni adalah tak boleh makan roti dan milo. Huwaaa tu peberet aku kot dua2. Tapi milo still aku minum je. Tak boleh nak strict sgt. Kita yang tau body kite camana kan. So aku memang tak strict pon. Nanti dah start exercise boleh la nak ambik carbo sikit2. Ambik buat hilang kempunan org kata.

Skrg ni exercise je tak start lg. Haih payah nak cari masa. Kena start balik weekend adalah hari mengemas rumah ni. Dah lama berehat sejak2 musim hujan haritu. Still today takda lagi rasa nak mkn nasi. Tengok nasi pon tak lalu. Harap2nya aku boleh bertahan dan tak give up. Aku ni bukan boleh, cepat putus asa kekdahnya. Tu yang payah tu.



Moga2 dapat berat mcm ni balik. Amin.

posted from Bloggeroid

Thursday, January 9, 2014

Yuhanis.






Haha bengong. Hidup kami sehari tak sah kalau tak gelak.

Smlm aku ada beli sesuatu. Bila pakai wangi gila. Sblm tu ada borak dgn yuhanis nak beli perfume body shop. Then bila pakai benda tu wangi semcm je, aku ckp la "takyah beli bady glove dah la kaknis". Pastu yuhanis pelik "body glove?? Body shop laaa". Hahahaha.

Pastu penat gelak. Aku dah tau body shop tp word tu mcm tak mai plak dlm otak masa tu. Aku ni jenis kalau nak ckp sesuatu, tapi word tu tak mai dlm otak, aku akan sebut je ape yang terlintas kat otak masa tu. Memang aku cenggitu. Hehe.

posted from Bloggeroid

Monday, January 6, 2014

Not a good start.

Assalamualaikum..

Sejak2 masuk 2014 ni asyik sampai opis lambat je. Kul 9 baru sampai. Semalam paling win, pukul 9.40 haha. Haish not good not good.

Dah la asyik bos je yg sampai dl. Sblm2 ni kalau lambat pon bos takda sampai lg, still ok la. Takda la rasa segan sgt.

Esok kena bangun awal la. Liat bebenor nk bgn skrg ni. Kul 6.30 baru hegeh2 nak bgn. Aku mmg lembap skit bab bersiap. Biasanya 2 jam baru setel sume. Kalau skip bekpes kat rumah, satu jam setengah dah cukup la nak bersiap. Mmg aku bangun kul 6 tiap2 hari. So that blh kuar rumah kul 8, kul 8.30 dah blh sampai opis.

Esok kena komited. Caiyokkk!!



Wpun lambat tp still blh camwhore dlm kete. 😛

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...