Thursday, February 27, 2014

Kejadian 25 Feb 2014

Assalamualaikum.

Ni kejadian hari Selasa baru ni. Petang tu Yuhanis nak balik k.brg sebab esoknya (semalam) dia ada kes kat court k.brg. Tapi dia singgah la dulu rumah sebab nak solat asar. Dah solat sume dia gerak balik. Aku pon tutup kunci pintu sume sebab dah nak maghrib, nak layan hakimi ehsan. Tengah exercise sambil tengok tv, tetiba;

Tok! Tok! Tok! (bunyi ketuk pintu).

Dalam hati aku eh sapa pulak ni. Pastu intai ikut sliding door tengok yuhanis. Apekebenda pulak tertinggal budak ni. Baru je 5 minit dia pegi. Bukak2 je pintu,

Yuhanis: Chik, anis eksiden. Anis langgar kete org.

Muka dia masa tu merah gile. Dengan pucatnye, dengan berpeluhnya. Aku rasa kaki aku terus ketar. 

Aku: Haaaa? Langgar sape? Kat mana? Habih tu mana kete org tu? Org tu ok tak? KAKNIS LANGGAR LARI KE?

Bahahahahaha. Bertubi2 ok soalan aku. Serius memang banyak gila. Paling takleh blah, siap tuduh dia langgar lari lagi. Hahaha. Serius kalau ingat, sampai skrg aku tergelak. Ni pon tengah gelak sambil menaip. Kelakar. Aku intai kete dia tapi macam takda kecedaraan pon. Tak tentu arah dah aku masa tu. Nyaris aku nak keluar tengok kete dgn pakai singlet and short masa tu. Nasib tiba2 datang waras, terus sarung tshirt, kain batik, capai tudung, tapi tak keluar tengok sebab malu kat jiran. Boleh? Hahaha. Pastu aku duduk kat sofa dengan dia, aku tanya dia camne boleh kena, apa kita nak buat, macam2 lah. Masa ni dia dah nangis ok. Orang pertama yang dia call adalah BOS dia. Ko mampu? Hahahaha. Masa ni ktorang tak bgtau family pon lagi, tapi dia terus call bos dia. Untung la kau adam. Hahaha.

Dah gelap sikit aku keluar tengok kereta. Then wassap gambar kat group family. Masa ni kami bangang2 je lagi. Taktau nak buat apa. Yuhanis pon nangis2 lagi. Aku taktau nak buat apa sebab aku rasa aku pun terketar. Masa ni aku dah fikir "ahh konfem malam ni tak exercise. dah la tadi makan megi. camne ni?". Hahahaha punya lah bongek aku. Sempat lagi fikir pasal exercise. Malam tu aku escort dia balik k.brg. Mula2 nak tinggal je kete kat rumah tu tapi abah dia datang ikat bumper, kata boleh jalan lagi. So dia jalan slow2 aku escort dari belakang. Malam tu aku rasa macam 4jam ambik masa nak sampai k.brg dari bukit payung. Hahahaha punya la slow.

Kesian kura-kura ungu sakit.

Yuhanis ni masalah dia, dia tak reti bawak kete orang lain selain kete dia sendiri. Sebab tu terus terdetik kat otak kami, camna dia nak pegi keje ni. Dah la dia outstation selalu. Tu yang jadi teringat bos yang pertama nak call tu. Hahaha. Memang asyik fikir je cara dia nak pegi keje. Konfem kete lambat jugak siap. Tapi syukur alhamdulillah. Pegi anta bengkel semalam, dorang cakap boleh siap sabtu ni. Syukurrrr. Orang bengkel tu cakap kuat jugak langgar tu sebab panel lari. Bumper depan memang pecah.





Alkisahnya dia nak keluar simpang. Dah tengok kiri takda apa, tengok kanan ada motor. Lepas je motor tu pergi, lupa nak tengok kiri balik. Terus dia keluar ke kanan, apa lagi kereta dari kiri terus hentam la. Dia kata kuat gila sampai orang ramai sgt kerumun tengok. Kereta yang melanggar tu takda la teruk sangat kecederaannya. 

Kura-kura ungu dah ready nak warded kat hospital..

Sampai sekarang aku tergelak sorang2 kalau ingat kejadian ni. Pestime tengok dia nangis bersungguh2. Selama ni dia asyik tengok aku je yang nangis. Hahaha. 

Bertabahlah yuhanis. Semoga semuanya dipermudahkan. Setiap kejadian ada hikmahnya. Mesti rasa nak tau apa hikmah die khennnnnnn. Hihi.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...