Tuesday, February 25, 2014

Kejadian semalam.

Assalamualaikum.

Pagi tadi bangun lewat. Huwaaaa ni sebab tidur tak berkualiti la ni. Byk kali sangat terjaga semalam. Sedar2 pagi ni dengar alarm kete jiran sebelah. Terus aku kejut yuhanis "kaknis, bangun dah kul 7". Kelam kelibut dua orang bangun ambik wudhu capai sejadah, subuh gajah. Haih lagha betul. Nasib ada jiran sebelah. Kalau tak terjaga, memang berharap kat alarm kete dia je. Otometik aku terjaga kalau bunyi alarm kete die and otometik jugak tau dah kul 7 sebab dorang biasa kluar rumah kul 7. So takyah tengok jam pon dah tau kul 7 masa tu. Awal2 tu aku dah terjaga sebab dengar yuhanis bangun, aku tanya dia dah azan ke. Dia cakap belum. Rupanya masa tu dah kul 6 tapi dia tak ckp. Haish kalau dia cakap sure aku dah bangun sebab memang aku bangun kul 6 pon everyday. Dah dia kata belum, aku bajet dalam kul 5 la baru, so sambung tidur, langsung terlajak. Coiii.

Tu cerita pagi tadi.

Cerita semalam plak, Yuhanis lepas habis kes kat court dia dah malas nak masuk ofis. So datang la kat tempat aku, dinner terus. Lepas makan2 lepak pantai hilangkan stress jap. Kul 6.45 camtu bertolak balik sebab nak tengok Hakimi Ehsan.



Gembira!!

Balik ikut jalan biasa, kedai buluh-gemuruh semua tu. Yuhanis ikut belakang sebab dia taktau jalan. Masa masuk jalan kg gemuruh tu, sampai kat selekoh tetiba aku nampak mat rempit lajuuuuu gila tapi dia takleh kawal motor agaknye kat selekoh pastu terhuyung hayang. Aku masa tu OMG kenapa budak ni, biar betul. Aku pon terhuyung hayang elak dia sebab kat tepi ni betul2 tebing, pastu jalan kecik plak sebab selekoh tu kat jambatan. Omaiiiiiii aku berdebar gileeee ok. Aku elak ketepi tapi dia sempat langgar kereta aku sikit tapi tak jatuh tergolek pulak budak tu. Dia terus meluru kat kereta yuhanis kat belakang. Ntah la camna dia elak yuhanis aku dah tak tengok belakang sebab aku dah berdebar masa tu. Kawan dia kat belakang2 semua dah cuak, yuhanis cakap dorang sume dah stop. Budak tu yang kedua, kat depan dia ada kawan dia sorang. Motor dia EX5 kaler biru. Kahkah aku siap ingat ok. 

Masa dia langgar kereta aku, masa bunyi je dia langgar tu aku terus tengok side mirror aku. Phewwwww syukur tak terlentok side mirror aku. Serius budak tu bebetul terbang tepi aku dengan motor dia. Lepas tu aku jalan slow2, nak stop tapi seriously takda tempang lgsg. Tepi tu tebing yang takda ruang boleh brenti pon. Jalan depannn sikit, pastu brenti check kereta, tengok takda apa sangat la kecederaan. Calar pon macam takda. Habih tu dia langgar ape sampai berbunyi tu?? Lantak kau la. Haishh kenapa la dia tak jatuh bergolek. Baru puas hati aku. Aku rasa kalau lelaki la yang bawak kete masa tu, konfem dah kena budak tu. Kecik2 taknak mampus, dah besar menyusahkan orang pulak. Kalau dah rasa tak sayang nyawa tu, jangan nak libatkan nyawa aku pulak. 

Huwaaaaa scary. Pestime kot aku terlibat dalam semua ni. Memang kaku ah kejap. Kaki ketar2. Terbayang2 lagi masa menaip ni. Gila betul merempit kat jalan sempit macamtu. Rasa fobia pulak nak ikut jalan tu pasni. Tapi balik keje memang aku ikut jalan tu. Kalau ikut jalan lain kena bersimpang siur pulak. Satu perkara yang aku menyesal adalah, masa dia datang kearah aku tu aku lupa nak hon lama2. Aku selalu lupa dengan kewujudan hon kete ni. Dah 4 tahun guna, maybe tak sampai 10 kali pon aku tekan hon tu. Lupa. Hehe. Tapi yuhanis tekan hon lamaaaaaaaaaaaa masa budak tu pergi kearah dia. Haha. Good job!



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...