Sunday, March 16, 2014

Update

Assalamualaikum..

Dah lama tak update pasal journey nak kurus ni kan? Haha sebab dah lama gila kot tak timbang. Haritu pergi nak timbang tp rosak pulekkk penimbang tu. Tapi aku ada ambik ukur lilit pinggang lengan peha bagai, turun jugak la dalam seminggu. Tapi haritu lepas yuhanis eksiden tu, lama sungguh stop exercise. Boleh rasa seluar keje ketat sikit dari yang sebelum ni. Pastu sabtu baru ni start exercise balik, ahad terus kejang2 otot aku. Jalan terkengkang. Naik tangga azab gila. Huwaaaaaa.

Tapi skrg ada penyakit baru. Asal makan je muntah, makan je muntah. Tapi takda la everytime muntah. Biasanya kalau kenyang sgt, atau kalau perut lapar gila sebelum tu, then masuk makanan, mesti terus muntah. Ada masanya aku tahan je sebab malas sangat nak pergi muntah, atau keadaan sekeliling tak mengizinkan. Biasa kalau makan banyak gila, memang aku terus muntah je. Takda tahan2. Bagus jugak, kurang sikit lemak. Hikhik. Eh tapi penyakit ni takda la baru kot sebab masa sekolah rendah dulu memang aku macam ni dah. Mak aku bawak pegi berubat kat pasir puteh baru ok sampai la sekarang. Ni dah dtg balik penyakit ni. Bomoh tu pun agaknya dah takda. 

Haritu pergi giant try jugak timbang kat giant and watson ke guardian ntah. Pastu dia tunjuk 48kg!! Puihhh. Nak tipu aku la tu. Tak caya ah aku sebab jeans baru satu je muat. Ada 3 helai lagi tak muat. Sabtu haritu try jugak pakai. Boleh je masuk tarik atas zip bagai, tapi ketattttt bak hanggg. Tak kosser aku nak seksa diri sendiri. So aku tak percaya ah berat aku 48kg skrg. Tapi aku timbang 6 kali kot dengan 6 penimbang yang berbeza. Sume tunjuk 48kg. Tapi kenapaaaaaaa jeans tak muat?? Konfem timbang tipu. 

Untuk rekod;

23/01/2014 - 55.8kg BMI - 27.28 (pre-obese)
27/01/2014 - 53.7kg
08/02/2014 - 53.8kg
16/02/2014 - 52.4kg


Weight to loss - 10kg

Accomplished by 31/03/2014

Last timbang 16hb Feb, means dah sebulan la tak timbang maksudnya. Yang pasti memang takkan tercapai la berat 45kg tu dalam bulan 4 ni. Hahaha. Tapi aku download apps Monitor Your Weight tu, dia calculate berat ideal aku 44.4kg and target date nak dapat berat tu 18 Julai 2014. So banyak masa lg. No need to stress. Mihmihmih.

Good luck!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...