Wednesday, April 30, 2014

Mee goreng pertama

Assalamualaikum.

Lamanya tak update blog. Taktau nak cerita pasal apa. Pdhl gambar berlambak2 je ada tp mcm tak penting pulak nak cerita. Tp kalau letak dlm blog, at least nnti blh baca imbau2 kenangan balik. Skrg ni aku duk baca cerita2 lama dlm blog, ada yg dah tak ingat pun. Nasib ada blog boleh recap. Berguna rupanya.

Ma aku skrg ada kat kl. Eh sebelum tu, aku rasa aku dah gemuk la skrg. Sbb aku asyik la typo je bila menaip ni. Jari dah beso la gamoknya. Haishhh. Ok sambung. Ma ada kat kl skrg. Bercuti tgk cucus. Ayah pulak takmau ikut. Aku bila dia dah taknak ikut tu rasa mcm aaaaaaa ape nak masak ni. Serius, tu la benda pertama yg aku fikir. Sebab my daddy is cerewet u know. Dia bgtau kat ma aku dia nak makan kedai je masa hari2 aku keje ni. Memang takkkk la kan. Aku kenal sgt la dia tu. Lgpun aku yg tak sampai hati. Nasib la minggu ni 3 hari je keje.

Ma pegi hari sabtu. Hari tu ma dah siap2 masak, lgpun ada kenduri. So setel. Hari ahad aku dah set, nak masak sup tulang byk2 supaya aku keje hari isnin tu, dia boleh panas kan sup tulang tu utk lunch tu. Dia suka la sbb peberet dia. Ahad tu pegi pasor beli tulang, balik buat sup, bakar ayam, goreng sayur. Setel. Isnin dia panaskan sup tu sebab banyak lg. Isnin tu aku balik kg la sebab kesian kat dia. Mlm nya aku plan nak buat mee rebus. Ahh sedapnya letak lada hitam byk. My feveret. Slurppp. Dah terbayang2 aku hirup kuah tu.

So balik keje singgah pasaraya, beli bahan nak buat mee rebus. Balik umah terus prepare sume bagai then ayah balik dari masjid ayah kata "buat mee goreng la chik". Booooooo???? Aku terus rasa nak pitam serta merta. Huwaaaaa. Sebab apa aku nak pitam?? Sebabnyaaaa selama 29 tahun hidup, aku tak pernah goreng mee!! Buat spageti aku pandai la. Tak kisah la org nak cakap apa, tp aku memang tak pernah goreng mee. Bihun goreng tu selalu la. Sebab aku rasa mee goreng ni cerewet. Kalau tak kena cara dia, mesti tak sedap. Dia samaada mee goreng basah, atau mee mamak. Kalau lembik2 apa bagai sume tu, erghhh takda nafsu aku.

Fuhhh. Serta merta aku wassap yuhanis suh tanya chengah aku resepi mee goreng. Boleh tahan gelabah gak aku malam tu. Tgk resepi sekali imbas, pastu pung pang pung pang start masak. Akhirnya......






Siap mee goreng pertama dlm hidup aku!!

Rupa dah ada dah. Rasa pun ada. Syukur gila. Siyes masa aku rasa2 tu kan, aku tak percaya gilaaaaa mee goreng aku ada rasa mee goreng. Eh berbelit ke ayat aku? Lantak la, u know wat i mean. Haha. Rasa hebat kejap weyyyy. Siyes! Tp aku tak puas hati sebab rasa dia biasa2 and aku rasa takda rasa manis. Pastu yuhanis suruh aku tambah sos cili, aku serius tak berani sebab takut rasa berubah. Memang dah tak berani nak buat apa dah masa ni sebab takut kang adjust2 terus takda rasa mee goreng tu. Ni at least ada la rasa mee goreng tu. Tapi aku tambah la jugak sos cili tu, cuma nya tak rasa dah lepas tu sebab takut. Hahaha. Guna konsep redha dan tawakal je la.

Ayah makan aku tnya dgn rasa dupdap, "masin tak yah?".
"Tak la, molek dah ni".

Fuh fuh syukur..



Kahkahkah. Memang tak berani nak tengok ayah aku makan byk mana. Tapi dah lepas dia makan tu, aku kemas2 dapur, aku tengok separuh mee goreng aku habisssss. Haha syukur gila! Ikut ah ayah makan sebab lapar ke sebab sedap ke, janji makan. Haha.

Hey youuuu, i boleh masak mee goreng tau! Dun play2!
Gitewwww. Kemain bangga. Mee goreng je kott. Puiii.

posted from Bloggeroid

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...