Thursday, August 7, 2014

Sehari sebelum raya.

Assalamualaikum.

Hai. Haluuu. Selamat hari raya. Hihi. Hari ini saya akan bercerita kejadian sebelum hari raya di rumah saya. Hihi. Alah rumah aku ni sebelum hari raya memang dah tau la apekebenda ktorg akan buat kan. Kalau baca entry yang lama2 memang dah tau tradisi kami tiap2 tahun. Tapi yg tahun kebelakangan ni je aku malas nak update. Hikhik.

Acara membuat lemangggggg!! Hoyeahh hoyeahh!!

Taktau la sampai bila tradisi ni akan bertahan. Biasanya tengah2 puasa tu memang sume orang akan cakap malas la nak buat, bosan la, abg xde sapa nak jaga api (kahkahkah), beli je la blablabla. Hahaha. Tapi pong pang pong pang memang akan buat dan bakar sendiri jugak. Cuma skrg dah upgrade sikit la. Dulu mesin nyiur, perah santan semua buat sendiri. Tapi skrg beli je santan, senang dan cepat. Hihi. Tahun ni byk benda setel awal. Sebab buat awal kot. Akaq takda makanya marilah buat rendang sendiri. Hihi. Pastu ma buat sambal ikan, ya rabbi masinnya! Macam garam tumpah tapi totappppp licin. Berbuka haritu che ngah masak nasi ayam. Sodappppp. Licin. Nasi je tinggal tak habis. 

Layan gambar je la sebab dah malas plus dah lupa byk benda. Boleh? Haha.



Macam biasa, peneraju utama. 





Part ni la yg mencabar dan mengambil masa yg lama ni. Bila dah siap lega sgt rasa. Ada certain org buat lemang dia asingkan santan dengan beras tu. Means letak beras then baru tuang santan. Macam kami kacau je skali sebab kalau buat asing2 tu macam dok palut org trg kata. Hihi. Ahhhh sodapnya lemang.





Dapat la 52 batang kesemuanya. Ni campur skali dgn yang chengah punya. Joe dgn amie yg tukang bakar2 tahun ni.



Atlit kita chef rendang.



Haha. Hariz si tukang sibuk. Hariz ntah tido ke tidok haritu sebab dia pun sama naik bakar lemang dgn kacau rendang. Ni je la penghibur kat rumah tu tahun ni. 


Ni masa amie and joe pergi solat. So takda org nak jaga lemang. Maka aku pun ambik alih tapi haruslah hangit. Hahaha. Sebab sibuk bergambo bukannya tengok lemang. Lepas tu chengah yang tengokkan sampai la masak.


Ni pun eksyen je lebih. Haha. Macam bibik la keknis.



Tamat kejadian bakar lemang. sedapnya lemang. Tahun ni makan sikit je. Taktau lah kenapa. Dah habis raya baru aku teringin balik makanan2 raya ni. Adeh. Yang paling teringin nasi dagang la. Sebab raya kalini tak jumpa nasi dagang pun. Sampai keharini tak jumpa lg. Kena tunggu yuhanis ada case kat marang, baru boleh pegi makan kat kedai nasi dagang feberet. Pastu teringin lontong. Huiii kat trg ni mmg bertuah la kalau kau jumpa lontong kan. Huwaaaaaa teringin!




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...